December 23, 2007

Misi Bantuan Banjir PSP

Pada hari Sabtu lepas (22 disember 2007) pimpinan PSP telah mengadakan lawatan ke rumah ahli PSP yang telah terlibat dengan banjir baru-baru ini. Rombongan yang turut disertai oleh YDP serta exco telah melawat tiga buat rumah yang kesemuanya terletak di Rantau Panjang. Tujuan lawatan dilakukan adalah untuk bertanya khabar serta melihat sendiri keadaan kelurga ahli. Untuk pengetahuan semua, sewaktu kita berada dalam keadaan selesa dikampus ada rumah sahabat-sahabat kita yang hampir tenggelam dan keluarganya terpaksa bergelap selama lima malam kerana bekalan elektrik terputus. Walaupun ketika lawatan dibuat banjir telah surut, namun kesan-kesannya masih jelas kelihatan disekitar bandar Rantau Panjang.

Pihak pimpinan PSP melalui YDP telah menyerahkan sumbangan hasil daripada kutipan daripada Tabung Bencana Banjir yang dilancarkan baru-baru ini. Semoga sumbangan yang tidak seberapa itu dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung keluarga ahli yang terlibat. Dalam kesempatan ini juga kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan sahabat-sahabat sekalian. Sesungguhnya sikap bantu-membantu dikalangan ahli tampa mengira bangsa mahupun agama sangat-sangatlah dihargai. Sekian.

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara"


-Exco Kebajikan PSP-

p/s: Kepada mana-mana ahli PSP yang keluarganya terlibat dengan banjir tapi belum memaklumkannya kepada pihak pimpinan, diharap dapat berbuat demikian seberapa segera bagi membolehkan bantuan disalurkan.





December 09, 2007

Kata-kata Aluan Daripada Pimpinan Siswa/i PPSP








Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas initiatif yang telah dilakukan oleh pihak Biro Tekniologi Maklumat PSP dengan mewujudkan blog ini. Semoga dengan adanya blog PSP ini kebajikan ahli PSP akan lebih terbela.

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara”
福利受保障,課業續輝煌
Pothunalam Kakkappadum, Kalvi Valarkappadum

Muhd Al-Aarifin Ismail
Yang Di Pertua
Persatuan Sains Perubatan 07/08





Tahniah diucapkan kepada Biro Teknologi Maklumat PSP atas pelancaran blog PSP ni. Semoga kebajikan ahli PSP akan lebih terbela dengannya sesuai dengan moto PSP pada tahun ini “Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara”

Abdul Muhaimin Abdullah
Naib Yang Di Pertua I
Persatuan Sains Perubatan 07/08




Blog PSP merupakan projek PSP yang dirancang untuk dimanfaatkan oleh Mahasiswa/i perubatan dan kini direalisasikan atas usaha & kesungguhan pihak biro Teknologi Maklumat PSP, mewujudkan dan seterusnya dapat dilancarkan pada tahun ini.

Maizatul Azua bt Mohd Ali Masa
Naib Yang Di Pertua II
Persatuan Sains Perubatan




Congratulations to Information Technology Bureau of PSP for the creation of this blog! Hopefully this blog may function as an effective channel for members to reach the PSP and voice out their opinions, suggestions and most importantly their problems. Setting up a blog is one thing but, to make this blog successful and effective, we need support from all our members to fully utilize this blog by voicing out your rights.

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara”

Liew Yen Yee
Naib Yang Di Pertua III
Persatuan Sains Perubatan 07/08










Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Tahniah kepada PSP atas segala usaha yang dicurahkan utk menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Diharap blog yg direka ini dapat dimanfaat oleh semua. Akhir kata, Kestabilan sesebuah persatuan adalah umpama berdiri tegaknya sebuah bangunan. Setiap ahli harus memainkan peranan masing-masing agar bangunan itu tetap tegar dan utuh. Diharap setiap ahli PSP dapat berusaha bersama utk kebaikan bersama.
sekian.

Yb Muhammad Alif bin Yunus
Naib Yang Di Pertua V
(Sekretariat Perhubungan)
Majlis Perwakilan Pelajar 07/08










Bismillahhirrahmanirrahim
Tahniah kepada PSP di atas penubuhan blog ni. Ini merupakan satu langkah paradigma yang jelas menggambarkan bahawa pimpinan PSP telah bersedia sepenuhnya untuk menjunjung amanah yang telah diberikan oleh ahli PSP kepada mereka. Syabas diucapkan. Dan kepada ahli PSP, gunakan blog ini sebaik-baiknya. Ayuh mahasiswa sekalian, bangkit dan bersuaralah.

"QUM FA’ANZIR"

Yb Sobri bin Noor
Bendahari Kehormat
(Sekriteriat Kebajikan)
Majlis Perwakilan Pelajar 07/08




Assalamualaikum & salam sejahtera. Saya ingin merakamkam setinnggi-tinggi tahniah kepada PSP & barisan exco2 yg berani membuat anjakan paradigma dalam usaha menjaga kebajikan ahli2 PSP .Semoga blog PSP ini menjadi wadah perhubungan antara Hicom PSP & ahli2'

Yb Shazrina binti Ahmad Razali
Setiusaha Agung
(Sekretariat Program)
Majlis Perwakilan Pelajar 07/08




.

December 06, 2007

Carta Organisasi Persatuan Sains Perubatan 07/08


Majlis Perwakilan Pelajar 07/08 Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan


a

December 05, 2007

PSP Orang Asli Humanitarian Program & Pertandingan Tenis Kid's Grand Prix Series Kelantan.


PSP Orang Asli Humanitarian Program


Orang Asli Humanitarian Programme

Tempat: Pos Brooke, Gua Musang
Tarikh: 22 - 24 Nov 2007
Peserta 79 orang (22 lelaki, 57 perempuan)

Antara aktiviti-aktiviti yang di alkukan:
1-Home visit
2-Hygiene care lesson
3-Tele-match
4-Cultural night
5-Mobile clinic

-SU I






Pertandingan Tenis Kid's Grand Prix Series Kelantan











Pada 23 & 24 November yang lepas, pihak Biro Sukan dan Rekreasi Persatuan Sains Perubatan telah berkerjasama dengan Majlis Perwakilan pelajar menjayakan Pertandingan Tenis Kid's Grand Prix Series Kelantan. Program ini adalah anjuran Majlis Sukan Negeri Kelantan dan Persatuan Tenis Kelantan.

-Exco Sukan dan Rekreasi