June 05, 2008

Maklum Balas BHEPP Terhadap 11 Tuntutan PSP Berhubung dengan Isu Penginapan

Untuk makluman semua, pada 3 Jun (Selasa) lepas, Pihak HEP & desa telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan kampus. PSP telah diwakili oleh YDP dan exco kebajikan. Agenda utama adalah berhubung dengan isu penginapan. Mesyuarat yang turut dihadiri Tuan Haji Yusof, En. Hafiz & Penggawa adalah bertujuan untuk menjawab tuntutan-tuntutan PSP, MPP mahupun persatuan2 yang lain.

Seperti yang sedia maklum pihak PSP sendiri telah menghantar memorendum setebal 6 muka surat kepada HEP menuntut beberapa perkara (rujuk dibawah). Secara umumnya pihak HEP telah menerima beberapa tuntutan PSP dalam memorendum tersebut, ada juga yang ditolak atas sebab-sebab tertentu. Berikut adalah maklum balas daripada pihak HEP berkenaan dengan 11 tuntutan tersebut (rujuk memorendum dibawah).

1. Perkara ini mustahil kerana keadaan semasa yang menunjukkan student melebihi kapasiti yang boleh ditanggung desa. Berkenaan dengan tuntutan untuk siswa/i undergrade mengisi kekosongan di blok2 siswazah/postgrade. Perkara ini tidak timbul kerana tiada kekosongan di blok2 terbabit, malah ia dikatakan tidak mencukupi untuk postgrade sendiri.

2. HEP akan sediakan 6 buah rumah staf yang kosong di Pasir Tumbuh (penginapan secara berpusat). Satu rumah dapat memuatkan 10 org student. HEP akan berusaha memastikan yang kebajikan mereka yang berada disana dijaga. Contohnya berkenaan dengan pengangkutan, pihak HEP mungkin akan menyediakan pengangkutan bas. Tetapi ia bergantung kepada perubahan. Perlu diingatkan bahawa, selepas diisi semua rumah tersebut, akan ada lagi siswa/i yang terpaksa mencari rumah sendiri. Untuk makluman, bangunan yang disewa diatas kedai ten-ten dianggap sebagai desasiswa yang baru. Oleh yang demikian, semua desasiswa ada 4 - Murni, Nurani, Blok B dan desa ten-ten.

3. Pihak UPPU (BHEPP) akan mengeluarkan senarai akhir siapa yang dapat menginap di desa & siapa yang tidak dapat pada 13 Jun. Pada tarikh ini HEP akan hantar senarai nama tersebut kepada pihak bendahari untuk tujuan pembayaan yuran desasiswa (kepada mereka yang dapat).
Peranan PSP – Mendapatkan senarai nama tersebut & memaklumkan kepada semua ahli PSP yang tak dapat tempat didesa seawal yang mungkin untuk mereka sempat mencari tempat untuk mereka menginap pada sesi yang akan datang.

4. Tuntutan ini tidak diterima atas alasan tarikh tutup untuk perkara tersebut telah lama ditutup. Walaubagaimanapun pihak HEP masih membuka ruang untuk siswa/i membuat rayuan. Sebelum 9 Jun surat rayuan hendaklah dihantar kepada BHEPP. Contoh surat ada di masukkan dalam blog entry dibawah.

5. Siswa/i yang mengulang tahun 1 akan dianggap sebagai tahun 1 (walaupun batch tahun 2). Dan keistimewaan untuk semua tahun 1 berada di desa juga akan diterima mereka dengan syarat mereka membuat permohonan.

6. Perkara ini tak diterima dengan alasan pihak kampus induk sendiri tak lakukan hebahan melalui cara tersebut.
Peranan PSP – kita sendiri akan melakukan hebahan terbut samaada melalui surat atau SMS selepas senarai tersebut dikeluarkan UPPU.

7. Pihak HEP akan membuat perancangan tehadap perkara ini kemudian.
Peranan PSP – Pastikan perkara ini benar-benar direalisasikan.

8. HEP mengakui terdapat banyak kelemahan tehadap sistem yang diguna pakai skarang. HEP akan lakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

9. Secara umumnya cadangan ini ditolak dengan alasan program dibawah PPSP adalah bersifat akademik yang wajid di lakukan oleh semua siswa/i PPSP. Tapi ia masih boleh dipertimbangkan jika setiap program yg dilakukan dirujuk HEP untuk bincang statusnya samaada boleh dikira mata merit @ tidak.
Peranan PSP – Berbincang dengan pengarah kampus untuk terus perjuangkan isu ini jika relevan.

10. Perkara ini telah disahkan oleh mesyuarat pengarah kampus. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian. Perlu diingatkan yang siswa/i tahun 4 & 5 walaupun di beri keistimewaan, namun mereka juga diwajibkan untuk memohon (untuk tempat di desa). Jika tidak memohon, secara automatiknya dianggap tidak berminat.
Peranan PSP – Mengesahkan perkara ini dengan merujuk minit meyuarat tersebut dah menghebah-hebahkan dalam edaran PSP.

11. Perkara ini melibatkan rancangan malaysia ke-9. Dimaklumkan yang semua tuntutan untuk membina bangunan penginapan siswa/i oleh semua universiti di dalam negara tidak diterima EPU (unit perancang ekonomi negara). Namun ia kemudiannya diterima tetapi peruntukan untuknya tidak ditambah. Maksudnya jika USM ingin membina desasiwa yang baru, USM terpaksa mengambil peruntukan yang diberikan untuk tujuan yang lain. Satu lagi permohonan USM untuk mendapatkan tanah di seberang sungai (belakang padang gof) telah diluluskan EPU (unit perancang ekonomi negara).

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan isu penginapan boleh terus berhubung dengan YDP atau exco kebajikan PSP.

"Kebajkan Terjaga, Akademik Terpelihara"

Yang di Pertua
Persatuan Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia
0179743297
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com

Isu Penginapan!

Untuk pengetahun semua, baru-baru ini kami pimpinan persatuan & MPP bermesyuarat dengan HEP. Agenda utama adalah berkaitan dengan isu penginapan. Banyak perkara yang dibincangkan, cuma apa yang paling penting yang memerlukan tindakan segera adalah kepada sesiapa yang GAGAL mendapat tempat didesa untuk sesi akan datang (setelah disemak dalam website healthycampus), sahabat2 semua masih mempunyai harapan. Apa yang perlu dibuat adalah hantar SURAT RAYUAN SECARA PERIBADI kepada pihak HEP dengan kadar yang segera. Kalau boleh serahkan bersama bukti-bukti (sama ada berbentuk sijil, surat sokongan dan sebagainya) jika perlu. Kalau takdepun tak apa, yang penting hantar dulu. Hantar kepada HEP SEBELUM @ PADA 9 Jun 2008.

Senarai akhir akan dibuat sebelum ianya dihantar ke pihak bendahari pada 13 Jun 2008 (untuk urusan yuran & sebagainya). Kalau perlukan sokongan pimpinan persatuan, bagitahu kami. InsyaAllah kalau perlu kami boleh buat surat sokongan menyatakan yang anda terlibat dengan mana2 program @ persatuandalam kampus, dapatkan pengesahan daripada penasihat persatuan (untuk dikepilkan sekali dengan surat rayuan anda). Apa yang penting sekarang, pastikan sahabat2 yang tak dapat menginap didesa tahu akan perkara ni. Sebar2kan!.

-YDP

June 04, 2008

Contoh Surat Rayuan Memohon Tempat di Desasiswa

Tarikh : 7 Jun 2008

Kepada,
Encik Hafiz Assad bin Zakaria
Penolong Pendaftar Kanan,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Univesiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150, Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan.

Tuan,
Rayuan Untuk Mendapat Tempat di Desasiswa Murni Nurani

Merujuk kepada perkara diatas saya Muhd Al-Aarifin Bin Ismail (79798), pelajar tahun 4, Pusat Pengajian Sains Perubatan, ingin membuat rayuan untuk mendapatkan tempat di desasiswa Murni Nurani untuk sidang 2008/09.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, sebelum ini saya telah memohon (atau tidak memohon kerana..) melalui website healthycampus untuk tinggal di desasiswa, namun permohonan saya telah ditolak.

3. Saya sangat berharap supaya tuan mempertimbangkan permohonan saya ini memandangkan saya .....(sesuaikan dengan diri masing-masing)

4. Sekali lagi saya merayu agar pihak tuan mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala kerjasama daripada tuan, saya ucapkan ribuan terima kasih.

“Kami Memimpin”


Yang benar,


____________________

(Muhd Al-Aarifin Bin Ismail)
Pelajar tahun 4,
Pusat Pengajian Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan.
al_aarifin@yahoo.com
017–9743297