July 17, 2009

Tatacara Pakaian Pelajar

Sebagai peringatan kepada pelajar-pelajar perubatan USM tentang etika berpakaian....so Check It out!!!

Pakaian Menghadiri Kuliah dan Tutorial

Pakaian Pelajar Lelaki

  1. Baju kemeja/baju 'T' berkolar ( baju 'T' tanpa kolar tidak dibenarkan)
  2. Seluar panjang (seluar 'jeans' tidak dibenarkan)
  3. Kasut dan berstokin (selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan)
  4. Jubah tidak dibenarkan
  5. Tanda nama dipakai dibahagian dada sebelah kiri

Pakaian Pelajar Perempuan

  1. Pakaian yang mencerminkan kesopanan dan nilai-nilai gadis timur
  • Baju 'T' dan seluar jeans tidak dibenarkan
  • Labuh pakaian tidak melebihi buku lali dan singkat tidak mengatasi lutut
  • Leher baju tidak dipotong rendah
  • Baju mesti mempunyai lengan
2. Mini telekung boleh dipakai
  • Labuh hadapan dan belakang tidak melebihi paras pinggang
  • Bahagian rusuk tidak melebihi paras siku
  • Stetoskop digunakan disebelah luar mini telekung
3. Pakaian purdah tidak dibenarkan
4.Memakai barang-barang kemas seperti subang, rantai leher, rantai tangan dan sebagainya jika perlu dipakai hendaklah dipakai secara sederhana
5.Tanda nama dipakai dibahagian dada sebelah kiri



Pakaian Semasa Di Hospital
Pelajar Lelaki
  1. Kemeja berkolar (baju 'T' tidak dibenarkan)
  2. Bertali leher
  3. Kot makmal (perlu dipakai semasa berada di makmal dan di hospital)
Pelajar Perempuan
  1. Sekiranya memakai mini telekung, kot makmal hendaklah dipakai disebelah luar mini telekung (ketika berada di makmal dan hospital)

Peraturan Am Berpakain Bagi Pelajar Lelaki Dan Perempuan
  1. Sentiasa memakai kot makmal semasa berada di hospital atau makmal
  2. Syarat pakaian yang dikenakan oleh pihak hospital semasa berada di tempat- tempat tertentu hendaklah dipatuhi sepenuhnya
  3. Rambut hendaklah berkeadaan pendek dan kemas sesuai dengan keperibadian lelaki dan perempuan, bagi mereka yang mendedahkannya.
  4. Kuku jari hendaklah sentiasa berada dalam keadaan pendek dan bersih
  5. Pakaian hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dipakai dengan kemas dan teratur



Segalanya Tentang Wanita


SEGALANYA TENTANG WANITA




22-23 JULAI 2009




1. PAMERAN TOKOH-TOKOH WANITA
Tarikh : 22-23 JULAI 2009
Tempat : DATARAN PPSP

2. FORUM 'WANITA PERMATA PEMBANGUNAN UMMAH'
Tarikh : 22 Julai 2009
Tempat : Dewan Utama

AHLI PANEL :
DR HAFIDZAH MUSTAQIM (PENGARAH RAUDHATUS SAKINAH KELANTAN)
YB SENATOR HJH MUMTAZ (AHLI DWN NEGARA)
SAUDARA DZULKHAIRI MOHD NOOR (PRESIDEN GAMIS)

100 hadirin terawal akan menerima cenderahati!!!
Terbuka kepada lelaki dan perempuan tak mengira kaum Melayu, Cina atau India.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bererti menceraikannya.”

(Muslim)