October 17, 2009

Happy Deepavali

Wish all PSP members especially our Hindu friends
HAPPY DIVALI
Happy தீபாவளி

The Festival of Lights, better known as Deepavali or Diwali, is a public holiday here in Malaysia and is celebrated by the Hindu Community.

This festival is celebrated with joy, excitement, bright lights and an even brighter smile!

And don't forget to light up your Diwali Lamps.

October 04, 2009

2 Jam Tanpa Kenderaan Bermotor

Dalam usaha memupuk kesedaran dalam kalangan warga kampus Universiti Sains Malaysia (USM) terhadap 
kepentingan mengurangkan pembebasan karbon dalam kampus dan memastikan persekitaran yang lestari
Majlis Perwakilan Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM) bersama-sama Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar akan mengadakan acara 
2 Jam Tanpa Kenderaan Bermotor 
pada hari Selasa, 20 Oktober 2009
jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.





Menurut Pengarah Projek, Ahmad Wafi Sahedan, pada tarikh dan masa tersebut, tidak ada pergerakan kenderaan bermotor dalam kampus-kampus USM, di kampus induk Pulau Pinang, Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan, kecuali untuk kes kecemasan sahaja.





“Kempen ini adalah untuk memastikan kesedaran timbul dalam kalangan seluruh warga kampus untuk mengurangkan pembebasan karbon dari kenderaan bermotor meliputi kereta, motosikal, bas dan sebagainya yang boleh memberi impak negative kepada alam sekitar,” kata Ahmad Wafi.

Maklumat lanjut tentang hal ini boleh diperolehi dengan menghubungi Ahmad Wafi di talian 0124671035 atau emel wafi_nha@yahoo.com.





Source : http://www.usm.my/my/berita-penuh.asp?id=7190