February 17, 2009

Lawatan Ke Universiti Malaya & Universiti Kebangsaan Malaysia

Lawatan rombongan ke Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia ini merupakan projek yang pertama kalinya diadakan oleh Persatuan Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia. Aktiviti ini akan diadakan pada 19 hingga 21 Mac 2009 selama 2 hari 2 malam. Lawatan ini akan membawa peserta untuk melawat fakulti perubatan kedua-dua universiti tersebut. Aktiviti ini terbuka kepada semua ahli persatuan. Anggaran peserta adalah lebih kurang 38 orang. Ahli jawatankuasa adalah sebanyak 4 orang. Aktiviti ini akan mendedahkan para peserta tentang sistem pembelajaran, sistem peperiksaan, kaedah pengurusan persatuan pelajar perubatan dan aktiviti-aktiviti yang ada di universiti tersebut. Di samping itu, hubungan silaturahim antara peserta dengan pelajar-pelajar universiti lain juga dapat dieratkan
kredit kepada pengarah projek kite, Chew Shi Long a.k.a exco perhubungan luar kerana menganjurkan aktiviti ini buat kali pertamanya, satu usaha yang boleh dibanggakan...tak lupa juga kepada HICOM yang lain...arigato..

February 03, 2009

Khidmat Masyarakat Bagan Hailam Selangor








Tanggal 22 Januari,10.30pm..sejumlah hampir 42 siswa dan siswi dari ketiga-tiga pusat pegajian PSP,PSG dan PSK bertolak ke Bagam Hailam.

Bagan Hailam..sebuah perkampunga nelayan Cina yang terletak berhampiran pelabuhan Klang
Sepanjang 4 hari misi ini, banyak aktiviti yang dijalankan..Ataranya adalah pemeriksaan kesihatan percuma,pemberian buah tangan sempena tahun baru, pertandingan mewarna, kaligrafi cina, sukaneka,ceramah kesihatan, tayangan video dan pelbagai lagi. Sambutannya sangat menggalakkan malah mengharukan.
Walaupun pada awal kehadiran siswa dan siswi terase asing di pandangan mata mereka, namun setelah beberpa hari jelas kemesraan yang terjalin antara peserta dan penduduk setempat terutama dari kalangan kanak-kanak.
Semoga usaha ini berterusan..tahniah buat pihak penganjur..KPN usmkk,PSP,PSG,PSK dan Pusat Islam.