Tarikh : 7 Jun 2008
Kepada,
Encik Hafiz Assad bin Zakaria
Penolong Pendaftar Kanan,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Univesiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150, Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan.
Tuan,
Rayuan Untuk Mendapat Tempat di Desasiswa Murni Nurani
Merujuk kepada perkara diatas saya Muhd Al-Aarifin Bin Ismail (79798), pelajar tahun 4, Pusat Pengajian Sains Perubatan, ingin membuat rayuan untuk mendapatkan tempat di desasiswa Murni Nurani untuk sidang 2008/09.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, sebelum ini saya telah memohon (atau tidak memohon kerana..) melalui website healthycampus untuk tinggal di desasiswa, namun permohonan saya telah ditolak.
3. Saya sangat berharap supaya tuan mempertimbangkan permohonan saya ini memandangkan saya .....(sesuaikan dengan diri masing-masing)
4. Sekali lagi saya merayu agar pihak tuan mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala kerjasama daripada tuan, saya ucapkan ribuan terima kasih.
“Kami Memimpin”
Yang benar,
____________________
(Muhd Al-Aarifin Bin Ismail)
Pelajar tahun 4,
Pusat Pengajian Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan.
al_aarifin@yahoo.com
017–9743297
June 04, 2008
Contoh Surat Rayuan Memohon Tempat di Desasiswa
May 26, 2008
Memorendum PSP kepada BHEPP - Beberapa Tuntutan Berhubung Isu Penempatan
Memorandum
PERSATUAN SAINS PERUBATAN
Tarikh : 22 Mei 2008
Rujukan kami : PSP 07/08.YDP.Memo1
Rujukan tuan :
Assalaamualaikum
Kepada,
Encik Hafiz Assad bin Zakaria
Penolong Pendaftar Kanan,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Univesiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan,
16150, Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan.
Tuan,
Beberapa Tuntutan Berhubung Isu Penempatan
Seperti yang sedia maklum, pada sesi hadapan (2008/09) akan terdapat siswa/i kampus kesihatan yang terpaksa berada berada di luar kampus. Pihak kami dimaklumkan yang perkara ini ini berlaku adalah ekoran daripada beberapa sebab, antara lainnya adalah kerana pada sesi akan datang, kampus kita akan menerima kemasukan siswa/i tahun akhir Pusat Pengajian Farmasi yang dahulunya berada di induk.
Kita memahami maksud kenapa pihak pengurusan desasiswa terpaksa menolak permohonan sebahagian siswa/i untuk terus berada di dalam kampus. Perkara ini tak dapat dielakkan lagi ekoran bilangan siswa/i yang berada di kampus ini semakin bertambah melebihi kapasiti yang boleh di terima oleh desa Murni mahupun Nurani.
Walaubagaimanapun pihak Persatuan Sains Perubatan ingin mendapatkan penjelasan atau pertimbangan daripada pihak Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar terhadap beberapa isu yang pada kami kurang jelas yang berkait rapat dengan isu penempatan ini.
Kita memahami hakikat pertambahan bilangan siswa/i di kampus kesihatan, namun pihak kami di maklumkan yang pertambahan tersebut kebanyakannya adalah daripada Pusat Pengajian Kesihatan. Untuk makluman pihak tuan, ada di kalangan ahli persatuan kami yang seolah-olah melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pihak universiti meminggirkan kepentingan mereka yang telah lama berada di kampus ini. Walaupun ia bukanlah suara majoriti ahli persatuan kami, namun ia seharusnya tidak dipandang sepi oleh pihak universiti.
Untuk pengetahuan tuan, pihak pimpinan Persatuan Sains Perubatan telah membuat mesyuarat khusus bagi membincangkan tentang kebajikan ahli kami terutamanya melibatkan isu penginapan ini. Kami diberitahu yang terdapat ramai ahli kami yang terpaksa berada di luar pada sesi yang akan datang. Berikut adalah beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat bekenaan yang memerlukan perhatian daripada pihak tuan :
Masalah yang timbul
1- Isu penempatan telah di perkatakan oleh pihak universiti sejak beberapa tahun yang lepas. Bahkan hebahan tentang isu secara rasmi telah di buat kepada semua siswa/i sejak beberapa bulan yang lepas. Namun sistem pengurusan terhadap isu ini dilihat sebagai tidak konsisten dan tidak sistematik. Sebagai contoh suatu ketika terdapat arahan yang meminta supaya siswa/i mengisi borang secara online. Selepas itu pula di keluarkan arahan supaya semua penghuni Nurani menghantar resumne masing-masing. Akhirnya pihak kami di maklumkan yang semua itu tak dikira untuk mata merit yang sebenarnya. Pada sudut yang lain ramai yang mempertikaikan sistem mata merit yang dilakukan. Terdapat kes di mana ahli kami dilihat oleh masyarakat kampus sebagai siswa/i yang aktif, namun apa yang menyedihkan mata meritnya “kosong”. Sebelum ini pihak kami pernah menghantar surat sokongan bagi mengesahkan penglibatan ahli-ahli kami yang terlibat dengan persatuan mahupun program-program kampus, namun apa yang menyedihkan, kami di aklumkan yang ianya tidak di layan pihak tuan. Kami kurang mengerti apa sebabnya perkara ini boleh berlaku.
2- Sehingga sekarang (tarikh memorandum ini di tulis) tiada senarai akhir siapa yang dapat tempat dan siapa yang tidak dapat tempat untuk terus berada di desasiswa. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana isu ini telah lama di perbincangkan. Pihak kami di maklumkan yang pihak BHEPP akan memberitahu samaada seseorang siswa/i itu mendapat tempat dalam desa atau tidak hanya melalui internet/ website universiti (healthycampus). Namun bagi kami, sistem hebahan melalui internet/ website kurang praktikal kerana ada dikalangan ahli kami yang tak dapat akses kepada internet terutama bagi mereka (yang sedang bercuti) yang tinggal di kawasan pedalaman. Bayangkan jika siswa/i yang tidak tersenarai untuk berada di dalam desa tidak mengetahui perkara tersebut sehingga mereka datang untuk meneruskan pengajian mereka pada sesi yang akan datang. Tentu sukar bagi mereka untuk mencari penginapan mereka sendiri. Dari sudut lain, jika pihak BHEPP hanya menggunakan sistem hebahan melalui website, ia akan menyukarkan kami untuk membuat perancangan bagi membela kebajikan ahli-ahli kami yang berada di luar nanti.
3- Kesan yang akan terpaksa dihadapi oleh siswa/i yang berada diluar tentunya telah sedia maklum oleh pihak tuan. Dan aspek yang paling penting adalah aspek kebajikan. Kebajikan mereka yang berada di luar tentunya akan kurang terjaga. Antara masalah-masalah yang timbul adalah:
a. Masalah kewangan. Kos penginapan ketika berada diluar adalah lebih tinggi berbanding kos berada di desa.
b. Jarak yang jauh dari kampus. Masalah ini berhubung kait dengan masalah kos pengangkutan, akademik dan lain-lain.
c. Akses kepada Internet. Kemungkinan besar untuk siswa/i tidak dapat akses kepada internet yang menjadi antara rujukan utama siswa/i. Perkara ini juga melibatkan isu akademik siswa/i.
d. Masalah sosial. Siswa/i akan lebih terdedah dengan masalah sosial apabila berada di luar.
e. Masalah keselamatan. Siswa/i yang berada di luar tentunya akan terdedah dengan masalah keselamatan sama ada keselatan diri mahupun keselamatan harta benda mereka.
4- Masalah akademik
Pihak universiti seharusnya memikirkan kesan jangka panjang yang akan dialami terutama kepada siswa/i dari Pusat Pengajian Sains Perubatan. Keputusan peperiksaan fasa satu lepas yang telah mengejutkan ramai pihak seharusnya dilihat sebagai masalah yang serius oleh pihak universiti. Pihak kami bimbang disebabkan pihak universiti menempatkan siswa/i perubatan di luar kampus ia akan menyebabkan prestasiu akademik siswa/i perubatan akan terus merosot. Perkara ini harus dilihat dari sudut realiti sebagai seorang pelajar perubatan. Selama ini siswa/i perubatan dihantui dengan pelbagai masalah, antaranya bilangan pelajar yang semakin bertambah ramai, kemudahan pembelajaran yang semakin terhad dan banyak isu lain lagi. Sekarang mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan baru iaitu tekanan kerana berada di luar kampus.
5- Seperti yang pihak tuan sedia maklum, selama ini siswa/i perubatan banyak terlibat dengan program-program di bawah Pusat Pengajian sebagai contoh program CFCS, program Big Sib, program PPIP, ko-kurikulum dan sebagainya. Secara umumnya program-program tersebut juga memberi sumbangan kepada universiti. Sebagai contoh program CFCS, umum mengetahui yang USM mendapat nama melaluinya.
6- Selama ini berita yang mengatakan siswa/i Pusat Pengajian Sains Perubatan tahun 4 dan 5 dijamin tempatnya dalam desa. Namun sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak universiti mengesahkan perkara tersebut. Perkara ini adalah penting terutamanya untuk jangka masa panjang.
7- Kami mendapat maklumat yang pihak universiti merancang untuk membina bangunan baru yang akan digunakan sebagai pusat mahasiswa yang baru. Persoalan yang timbul sekarang adalah, apakah pembinaan pusat tersebut lebih merupakan suatu yang lebih utama daripada pembinaan desasiswa yang baru?. Pada pandangan kami pembinaan bangunan desasiswalah yang perlu diutamakan berbanding pusat mahasiswa tersebut. Kerana jika diperhatikan, tampa adanya pusat mahasiswa yang baru, persatuan-persatuan mahupun program-program kampus tidaklah tergendala. Tetapi tampa desasiswa yang baru, ramai siswa/i yang menerima kesan secara langsung.
Merujuk kepada beberapa isu atau masalah yang telah disenaraikan diatas,
Kami Persatuan Sains Perubatan dengan ini memohon supaya pihak Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar :
1- Memikirkan cara supaya semua siswa/i semua perubatan berada di desasiswa (jika ada kemungkinan). Jika sekiranya perkara ini mustahil, diharapkan agar pihak desa dapat berusaha untuk menyediakan tempat penginapan secara berpusat kepada mereka yang terpaksa berada di luar. Tempat penginapan secara berpusat adalah penting untuk memudahkan kebajikan mereka dipelihara.
2- Mengisi kekosongan bilik di blok-blok yang di peruntukkan untuk pelajar postgradute dengan siswa/i perubatan. Pihak kami difaham yang terdapat banyak lagi kekosongan bilik di blok-blok postgradute. Jika benar perkara ini, kami mengharapkan agar pihak universiti memperuntukkan bilik-bilik berkenaan kepada siswa/i perubatan untuk tinggal disana.
3- Mengeluarkan senarai nama siswa/i yang dapat tinggal di desa dan yang tidak dapat tinggal di desa dengan kadar yang segera. Kami mengharapkan agar pihak BHEPP mengeluarkan senarai berkenaan selewat-lewatnya 3 minggu sebelum tarikh buka sesi baru. Perkara ini penting terutamanya bagi pihak Persatuan membuat persediaan untuk menjaga kebajikan ahli kami yang berada di luar.
4- Mempertimbangkan kembali status ahli kami yang terlibat dengan persatuan, mahupun program-program kampus. Perkara ini sangat penting bagi memastikan pengorbanan mereka selama ini kepada kampus tidak di ketepikan oleh universiti.
5- Memberi keistimeweaan kepada ahli kami yang mengulang tahun satu. Walaupun dari segi umur, mereka adalah tahun dua, namun disebabkan mereka mengulang, mereka akan berada ditahun satu untuk sesi yang akan datang. Oleh yang demikian, pihak universiti seharusnya menganggap yang mereka yang mengulang tahun satu sama seperti tahun satu yang baru dari segi keutamaan kepada mereka untuk terus berada di desasiswa. Perkara ini sangat penting kerana ia akan memberi kesan secara langsung kepada prestasi akademik mereka. Mereka yang telah terbeban dengan masalah akademik seharusnya tidak dibebankan lagi dengan tekanan untuk berada di luar.
6- Memaklumkan kepada semua siswa/i yang tidak dapat tinggal di desa dengan cara mengutus surat atau SMS secara individu. Seperti yang telah dijelaskan di atas, kebanyak ahli kami tidak mengetahui status mereka samaada mereka mendapat tempat di desa atau tidak untuk sesi yang akan datang. Hebahan melalui website perlu diteruskan, walaubagaimanapun kita perlu sedari yang tidak semua siswa/i dapat akses internet terutama ketika bercuti. Oleh yang demikian hebahan melaui cara surat atau SMS adalah sangat relaven. Jika sekiranya pihak BHEPP tidak dapat lakukan perkara ini, pihak BHEPP boleh kapada kami (Persataun Sains Perubatan) untuk kami melakukannya sendiri.
7- Membuat perancangan dengan terperinci untuk menjaga kebajikan siswa/i yang berada di luar kampus.
a. Wujudkan tempat penginapan berpusat
b. Sediakan pengangkutan (jika perlu)
c. Akses kepada internet – pastikan mereka mempunyai akses kepada internet di tempat penginapan masing-masing.
d. Keselamatan – Pastikan keselamatan diri dan harta benda mereka dijaga.
e. Dan sebagainya.
8- Menetapkan sistem yang lebih sistematik yang digunakan untuk mata merit. Nyatakan bilangan mata merit secara spesifik bagi setiap penglibatan siswa/i dalam persatuan, program dan sebagainya. Sebagai contoh, berapa mata merit yang diperolehi siswa/i yang memegang jawatan (majlis tertinggi atau AJK) dalam persatuan, memegang jawatan projek-projek dan sebagainya. Lakukan pemarkahan merit secara telus. Kami berharap agar mata merit sentiasa di update oleh pihak universiti melalui website healthycampus bagi memudahkan setiap siswa/i mengetahui status merit mereka dari semasa ke semasa. Dengan kata lain, jadikan website healthycampus sebagai medium perantara untuk semua siswa/i mengetahui status merit mereka.
9- Program Pusat Pengajian diterima oleh sebagai pihak HEP seperti mana program lain. Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas,siswa/i perubatan yang menjayakan program tersebut telah banyak menghabis masa, tenaga dan wang ringgit mereka yang secara langsung memberi kredit kepada universiti. Oleh yang demikian, sekiranya penglibatan mereka dalam program-program tersebut tidak diambil kira dalam sistem pemarkahan merit, sumbangan mereka seolah-olah diketepikan oleh pihak universiti. Dari sudut kekangan masa, siswa/i perubatan tidak mempunyai kesempatan untuk terlibat dengan banyak program-program lain sebagaimana siswa/i pusat pengajian yang lain. Oleh yang demikian, perkara ini seharusnya dipertimbangkan oleh pihak universiti.
10- Keluarkan kenyataan rasmi menyatakan bahawa siswa/i Pusat Pengajian Sains Perubatan tahun 4 dan 5 dijamin tempatnya dalam desa. Perkara ini sangat penting, kerana ada ahli kami yang melahirkan rasa kebimbangan mereka jika sekiranya suatu hari nanti siswa/i perubatan tahun 4 dan 5 juga tidak terkecuali untuk melalui sistem permarkahan mata merit. Pelajar perubatan tahun 4 dan 5 mesti berada di dalam di dalam di sebabkan mereka terpaksa berulang-alik ke hospital untuk tujuan on call dan sebagainya.
11- Bina bangunan untuk penginapan yang baru. Untuk jangka masa panjang, pihak kami memohon supaya pihak universiti mempertimbangkan cadangan supaya desaiswa baru dibina bagi menampung bilangan siswa/i yang bertambah ramai. Kampus Kesihatan mempunyai tanah lapang yang masih banyak dan ia seharusnya digunakan untuk kepentingan siswa/i di dalam kampus ini. Berkenaan dengan pembinaan pusat mahasiswa yang baru, pada kami ia bukanlah suatu yang perlu di segerakan. Pembinaan desasiswa adalah lebih utama buat masa sekarang.
Kami mengharapkan agar setiap permohonan kami di pertimbangkan oleh pihak tuan. Segala kerjasama dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan jazakallaahu khariral jaza’.
Yang benar
_________________________
(MUHD AL-AARIFIN BIN ISMAIL)
Yang di Pertua
Persatuan Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan.
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com
017–9743297
Sk;
Prof Dato’ Dr Mafauzy Mohamed
Pengarah Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia
Prof Abdul Aziz Baba
Dekan,
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Assoc. Prof. Abdul Rahman Mohd. Noor
Timb. Dekan Akademik
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Dr Rushdan Ismail
Penggawa,
Desasiswa Murni Nurani
Dr Wan Hazabbah bin Wan Hitam
Penasihat
Persatuan Sains Perubatan
April 10, 2008
Sesi Temuduga Medical Student Fasilitator Team
Pada 8 dan 9 April yang lepas, temuduga Medical Student Fasilitator Team telah diadakan bertempat di bangunan Pusat Mahasiswa (Dewan Murni). Diharapkan agar mana-mana yang terpilih untuk menganggotai kumpulan tersebut dapat menjalankan amanah dengan penuh komitmen & bagi sesiapa yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa, teruskan usaha anda dimasa-masa yang akan datang.
March 30, 2008
Doctors to be Disallowed from Dispensing Medicines
NST
2008/03/28
KUALA LUMPUR: Soon, doctors will not be allowed to dispense medicines. Doctors will only be allowed to prescribe medications but patients will have to get the medicines from pharmacies.
Currently, doctors diagnose the disease, prescribe the medicines and their own clinics dispense them.
For almost 20 years, pharmacists have been fighting for the "return" of their right to dispense medications but had been unsuccessful for various reasons.A pilot project on the separation of functions between doctors' clinics and pharmacies will be launched by the Ministry of Health.It is scheduled to be launched at selected major towns with the ministry closely monitoring the strength and weaknesses of the system before implementing it nationwide.
Director-General of Health Tan Sri Dr Ismail Merican said the ministry was not able to implement this system earlier due to logistics problems, especially the shortage of pharmacists and pharmacies in the country."We also have to take into consideration the welfare of patients. If we have the separation, then patients must have easy accessibility to pharmacies to get their prescribed medications," he told the New Straits Times.He said the ministry had conducted a detailed study, "Pharmacy and clinic Mapping" on various issues ranging from welfare of patients, facilities available and capability of pharmacies to meet the demand.
"We found that the logistics problem is still an issue and needs to be resolved as we do not want patients to be running around looking for pharmacies with the doctors' prescriptions," said Dr Ismail.Furthermore, he said, the pharmacies should be able to provide quality care.He said the ministry had been doing the study with various stakeholders, focusing on the spread of community pharmacies or pharmacy outlets in major towns, rural and remote areas.Some 5,000 registered pharmacists are actively practising in some 1,600 pharmacies nationwide.In 2004, there were only 3,927 registered pharmacists with about 1,540 retail pharmacies or one for every 16,445 persons.
Dr Ismail said the pilot project would be implemented in major towns based on the study where there were pharmacies near clinics."If the pilot project is successful, we will have to look into the existing laws to allow for the separation," he added.India, South Korea and Taiwan have implemented the separation.
Malaysian Pharmaceutical Society president John Chang Chiew Pheng said the ministry's move to conduct a pilot project was definitely a positive development which would enhance the level of healthcare delivery.The separation, he added, would benefit patients as doctors could now focus on their clinical, diagnosing, counselling and prescription, while pharmacists could focus on educating patients on how best to optimise the usage of medicines prescribed.
Furthermore, Chang said, pharmacists could help patients choose between generic and branded drugs based on their financial situation."With commitment and determination we can overcome teething problems and patients can understand their medicines," he added.He said if the government went ahead with the separation, then more pharmacies could be set up near clinics for easy accessibility to patients.
March 21, 2008
USM guna teknologi terkini imej otak
Utusan Malaysia
21 Mac 2008 / 13 Rabiul Awal 1429
PULAU PINANG 20 Mac – Universiti Sains Malaysia (USM) muncul sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Asia yang bakal dilengkapi teknologi terkini beresolusi tinggi yang mampu melihat imej otak manusia. Kelengkapan itu yang dikenali sebagai Ultra High Field (UHF) Magnetic Resonance Imaging (MRI) 7 Tesla (7T) dirintis oleh Siemens Malaysia Sdn. Bhd. Ini bermakna, USM akan menjadi IPT awam (IPTA) sulung di rantau ini menubuhkan Pusat Penyelidikan Neurosains dilengkapi MRI 7T iaitu teknologi terbaru, mendahului MRI 3T yang diguna pakai di kebanyakan negara Asia ketika ini.
Timbalan Presiden Siemens Malaysia Sdn. Bhd., Dr. Tobias Seyfarth berkata, pihaknya bekerja secara aktif bagi mewujudkan teknologi-teknologi baru yang boleh ditawarkan kepada pengguna untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan bidang saintifik dan klinikal. ‘‘Ia termasuk pengenalan kepada teknologi MRI 7T yang berupaya mengimbas imej otak manusia pada tahap yang lebih terperinci seterusnya dapat membuat pengesanan lebih awal terhadap pelbagai penyakit berkaitan dengan sistem otak manusia,” katanya di sini semalam. Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara USM dengan Siemens Malaysia Sdn. Bhd yang diwakili oleh Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak dan Ketua Sektor Penjagaan Kesihatan Siemens, Michael Schmermer. Tambah beliau, USM telah menyuarakan hasrat mendalami penggunaan teknologi UHF, MRI 7T dalam pembangunan bidang neurosains khususnya hubung kait antara otak dan minda, terutamanya memori, pembelajaran dan kecerdasan minda.
Seyfarth turut mengakui, pengimejan UHF yang dilengkapi dengan MRI 7T sebagai satu kelengkapan yang amat berharga khususnya untuk digunakan dalam bidang neurosains.
Tambahnya, dengan termeterai MoU itu, kedua-dua pihak mempunyai matlamat serupa iaitu untuk membangunkan dan mengoptimumkan teknik pengimejan T7 seterusnya memindahkannya kepada sistem klinikal. Sementara itu, Dzulkifli berkata, USM komited menjalinkan kerjasama pintar seumpama itu yang dijangka mendatangkan pelbagai manfaat kepada pembangunan bidang neurosains di negara ini. ‘‘Kita berharap lebih banyak penemuan baru dalam bidang saintifik dan klinikal dapat diperoleh dengan wujudnya pusat kerjasama seumpama ini,” ujarnya.