Wish all PSP members especially our Hindu friends
HAPPY DIVALI
Happy தீபாவளி
The Festival of Lights, better known as Deepavali or Diwali, is a public holiday here in Malaysia and is celebrated by the Hindu Community.
This festival is celebrated with joy, excitement, bright lights and an even brighter smile!
And don't forget to light up your Diwali Lamps.
October 17, 2009
Happy Deepavali
October 04, 2009
2 Jam Tanpa Kenderaan Bermotor
Dalam usaha memupuk kesedaran dalam kalangan warga kampus Universiti Sains Malaysia (USM) terhadap
kepentingan mengurangkan pembebasan karbon dalam kampus dan memastikan persekitaran yang lestari,
Majlis Perwakilan Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM) bersama-sama Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar akan mengadakan acara
2 Jam Tanpa Kenderaan Bermotor
pada hari Selasa, 20 Oktober 2009,
jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Menurut Pengarah Projek, Ahmad Wafi Sahedan, pada tarikh dan masa tersebut, tidak ada pergerakan kenderaan bermotor dalam kampus-kampus USM, di kampus induk Pulau Pinang, Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan, kecuali untuk kes kecemasan sahaja.
“Kempen ini adalah untuk memastikan kesedaran timbul dalam kalangan seluruh warga kampus untuk mengurangkan pembebasan karbon dari kenderaan bermotor meliputi kereta, motosikal, bas dan sebagainya yang boleh memberi impak negative kepada alam sekitar,” kata Ahmad Wafi.
Maklumat lanjut tentang hal ini boleh diperolehi dengan menghubungi Ahmad Wafi di talian 0124671035 atau emel wafi_nha@yahoo.com.
Source : http://www.usm.my/my/berita-penuh.asp?id=7190
September 19, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Persatuan Sains Perubatan
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan batin...
kepada semua ahli Persatuan Sains Perubatan
terutamanya rakan Muslim sekalian.
July 17, 2009
Tatacara Pakaian Pelajar
Sebagai peringatan kepada pelajar-pelajar perubatan USM tentang etika berpakaian....so Check It out!!!
Pakaian Menghadiri Kuliah dan Tutorial
Pakaian Pelajar Lelaki
- Baju kemeja/baju 'T' berkolar ( baju 'T' tanpa kolar tidak dibenarkan)
- Seluar panjang (seluar 'jeans' tidak dibenarkan)
- Kasut dan berstokin (selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan)
- Jubah tidak dibenarkan
- Tanda nama dipakai dibahagian dada sebelah kiri
Pakaian Pelajar Perempuan
- Pakaian yang mencerminkan kesopanan dan nilai-nilai gadis timur
- Baju 'T' dan seluar jeans tidak dibenarkan
- Labuh pakaian tidak melebihi buku lali dan singkat tidak mengatasi lutut
- Leher baju tidak dipotong rendah
- Baju mesti mempunyai lengan
- Labuh hadapan dan belakang tidak melebihi paras pinggang
- Bahagian rusuk tidak melebihi paras siku
- Stetoskop digunakan disebelah luar mini telekung
4.Memakai barang-barang kemas seperti subang, rantai leher, rantai tangan dan sebagainya jika perlu dipakai hendaklah dipakai secara sederhana
5.Tanda nama dipakai dibahagian dada sebelah kiri
Pakaian Semasa Di Hospital
Pelajar Lelaki
- Kemeja berkolar (baju 'T' tidak dibenarkan)
- Bertali leher
- Kot makmal (perlu dipakai semasa berada di makmal dan di hospital)
- Sekiranya memakai mini telekung, kot makmal hendaklah dipakai disebelah luar mini telekung (ketika berada di makmal dan hospital)
Peraturan Am Berpakain Bagi Pelajar Lelaki Dan Perempuan
- Sentiasa memakai kot makmal semasa berada di hospital atau makmal
- Syarat pakaian yang dikenakan oleh pihak hospital semasa berada di tempat- tempat tertentu hendaklah dipatuhi sepenuhnya
- Rambut hendaklah berkeadaan pendek dan kemas sesuai dengan keperibadian lelaki dan perempuan, bagi mereka yang mendedahkannya.
- Kuku jari hendaklah sentiasa berada dalam keadaan pendek dan bersih
- Pakaian hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dipakai dengan kemas dan teratur
Segalanya Tentang Wanita
22-23 JULAI 2009
1. PAMERAN TOKOH-TOKOH WANITA
Tarikh : 22-23 JULAI 2009
Tempat : DATARAN PPSP
2. FORUM 'WANITA PERMATA PEMBANGUNAN UMMAH'
Tarikh : 22 Julai 2009
Tempat : Dewan Utama
AHLI PANEL :
DR HAFIDZAH MUSTAQIM (PENGARAH RAUDHATUS SAKINAH KELANTAN)
YB SENATOR HJH MUMTAZ (AHLI DWN NEGARA)
SAUDARA DZULKHAIRI MOHD NOOR (PRESIDEN GAMIS)
100 hadirin terawal akan menerima cenderahati!!!
Terbuka kepada lelaki dan perempuan tak mengira kaum Melayu, Cina atau India.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bererti menceraikannya.”
(Muslim)
