February 23, 2008

Sewaan Ophtalmoskop.



Untuk pengetahuan semua, pihak pimpinan PSP telah membeli 5 set oftalmoskop. Ianya adalah untuk kegunaan ahli PSP 4th year dan final year yang memasuki posting oftalmologi.

Oftalmoskop tersebut akan diletakkan dibawah Biro Akademik. Untuk permulaan, pihak PSP akan membuat sistem sewaan dengan kadar yang berpatutan. Sewaan tersebut bukanlah untuk tujuan keuntungan tetapi untuk memperbanyakkan lagi simpanan oftalmoskop. Misi kami ialah, setiap pelajar mempunyai oftalmoskop sendiri semasa posting.

pemilihan adalah berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Ahli yang berminat bolehlah menghubungi Exco Akademik, saudara Zaim -0126638376. atau email kepada holiksais@yahoo.com

p/s: hanya panggilan suara sahaja di benarkan untuk urusan pertanyaan atau penempahan.. sms anda tidak akan dibalas..harap maklum


  • download syarat-syarat pinjaman serta borang di sini

February 05, 2008

NOTIS - Kempen Menghentikan Kotak Polystyrene

Makluman kepada semua siswa/i perubatan, dalam usaha Melestarikan Kampus-kampus USM pihak Kampus Sejahtera (kampus induk) akan mengadakan Kempen Menghentikan Kotak Polystyrene di kampus Kesihatan.

Maklumat berkenaan dengan program tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 17 Febuari 2007 (Ahad)
Masa : 8.30 – 10.30 pagi
Tempat : Foyer PPSP

Diharapkan agar semua siswa/i dapat memberikan kerjasama dalam usaha menjayakan kempen tersebut. Sekian.

“Kami memimpin”
"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara"
福利受保障,課業續輝煌
"Pothunalam Kakkappadum,
Kalvi Valarkappadum"


-Naib Yang Di Pertua I-
Persatuan Sains perubatan
Universiti Sains Malaysia

Respons Terhadap Aduan atau Cadangan (Disember 07)

Aduan 1

Duit PTPTN tidak mencukupi
PSP tidak memberi smbangan kepada masyarakat (cth: membersih kubur, gotong royong, dsb)
Hospital elektif bagi pelajar tahun 4 perlu tempat yang ‘baik’

4non; Medic4

Respons;
Assalamualaikum dan terima kasih kerana mengisi borang aduan.
Mengenai duit PTPTN, usul ini akan kami cuba usulkan kepada pihak Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) kerana ia melibatkan pelajar USM keseluruhan. Ini kerana usul mengenai pinjaman PTPTN adalah di luar kuasa kami.Maaf, namun kami akan sedaya upaya akan usulkan perkara ini pada pihak MPP.

Mengenai komen saudara bahawa PSP tidak memberi sumbangan kepada masyarakat, Alhamdulillah setakat ini PSP ada menganjurkan beberapa aktiviti kepada masyarakat dan terbuka kepada semua ahli PSP untuk menyertainya. Antaranya, Orang Asli Humanitarian Programme, ***, dan akan datang Program Tentang Cinta ( Penceramah Jemputan Ust Hazrizal; www.saifulislam.com),Program Doktor Muda.

Untuk mengetahui perkembangan terkini dan program-program yang akan dijalankan kelak, saudara bolehlah sentiasa melayari blog PSP

Hospital elektif bagi pelajar tahun 4 perlu tempat yang ‘baik’. Maaf, jujurnya saya kurang faham maksud ‘baik’ bagi saudara. Jika tidak keberatan, saudara boleh terangkan dengan lebih lanjut melalui blog ini.
____________________________________________


Aduan 2

The computer hall must always be maintained. Always scan for virus. Very dangerous for our computer. I would like to suggest, maybe one of you to always upgrade/ update the antivirus at leas once a week, thanks.
Mr R

Response;
Thank you for your comments and opinion.
InshaAllah. We are planned to make an alliance with every year leader to appoint one of the year member to in charge in this problems.
God willing, by next week all will be done.

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara"

-Exco Kebajikan-
Persatuan Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia

December 23, 2007

Misi Bantuan Banjir PSP

Pada hari Sabtu lepas (22 disember 2007) pimpinan PSP telah mengadakan lawatan ke rumah ahli PSP yang telah terlibat dengan banjir baru-baru ini. Rombongan yang turut disertai oleh YDP serta exco telah melawat tiga buat rumah yang kesemuanya terletak di Rantau Panjang. Tujuan lawatan dilakukan adalah untuk bertanya khabar serta melihat sendiri keadaan kelurga ahli. Untuk pengetahuan semua, sewaktu kita berada dalam keadaan selesa dikampus ada rumah sahabat-sahabat kita yang hampir tenggelam dan keluarganya terpaksa bergelap selama lima malam kerana bekalan elektrik terputus. Walaupun ketika lawatan dibuat banjir telah surut, namun kesan-kesannya masih jelas kelihatan disekitar bandar Rantau Panjang.

Pihak pimpinan PSP melalui YDP telah menyerahkan sumbangan hasil daripada kutipan daripada Tabung Bencana Banjir yang dilancarkan baru-baru ini. Semoga sumbangan yang tidak seberapa itu dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung keluarga ahli yang terlibat. Dalam kesempatan ini juga kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan sahabat-sahabat sekalian. Sesungguhnya sikap bantu-membantu dikalangan ahli tampa mengira bangsa mahupun agama sangat-sangatlah dihargai. Sekian.

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara"


-Exco Kebajikan PSP-

p/s: Kepada mana-mana ahli PSP yang keluarganya terlibat dengan banjir tapi belum memaklumkannya kepada pihak pimpinan, diharap dapat berbuat demikian seberapa segera bagi membolehkan bantuan disalurkan.





December 09, 2007

Kata-kata Aluan Daripada Pimpinan Siswa/i PPSP








Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas initiatif yang telah dilakukan oleh pihak Biro Tekniologi Maklumat PSP dengan mewujudkan blog ini. Semoga dengan adanya blog PSP ini kebajikan ahli PSP akan lebih terbela.

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara”
福利受保障,課業續輝煌
Pothunalam Kakkappadum, Kalvi Valarkappadum

Muhd Al-Aarifin Ismail
Yang Di Pertua
Persatuan Sains Perubatan 07/08





Tahniah diucapkan kepada Biro Teknologi Maklumat PSP atas pelancaran blog PSP ni. Semoga kebajikan ahli PSP akan lebih terbela dengannya sesuai dengan moto PSP pada tahun ini “Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara”

Abdul Muhaimin Abdullah
Naib Yang Di Pertua I
Persatuan Sains Perubatan 07/08




Blog PSP merupakan projek PSP yang dirancang untuk dimanfaatkan oleh Mahasiswa/i perubatan dan kini direalisasikan atas usaha & kesungguhan pihak biro Teknologi Maklumat PSP, mewujudkan dan seterusnya dapat dilancarkan pada tahun ini.

Maizatul Azua bt Mohd Ali Masa
Naib Yang Di Pertua II
Persatuan Sains Perubatan




Congratulations to Information Technology Bureau of PSP for the creation of this blog! Hopefully this blog may function as an effective channel for members to reach the PSP and voice out their opinions, suggestions and most importantly their problems. Setting up a blog is one thing but, to make this blog successful and effective, we need support from all our members to fully utilize this blog by voicing out your rights.

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara”

Liew Yen Yee
Naib Yang Di Pertua III
Persatuan Sains Perubatan 07/08










Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Tahniah kepada PSP atas segala usaha yang dicurahkan utk menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Diharap blog yg direka ini dapat dimanfaat oleh semua. Akhir kata, Kestabilan sesebuah persatuan adalah umpama berdiri tegaknya sebuah bangunan. Setiap ahli harus memainkan peranan masing-masing agar bangunan itu tetap tegar dan utuh. Diharap setiap ahli PSP dapat berusaha bersama utk kebaikan bersama.
sekian.

Yb Muhammad Alif bin Yunus
Naib Yang Di Pertua V
(Sekretariat Perhubungan)
Majlis Perwakilan Pelajar 07/08










Bismillahhirrahmanirrahim
Tahniah kepada PSP di atas penubuhan blog ni. Ini merupakan satu langkah paradigma yang jelas menggambarkan bahawa pimpinan PSP telah bersedia sepenuhnya untuk menjunjung amanah yang telah diberikan oleh ahli PSP kepada mereka. Syabas diucapkan. Dan kepada ahli PSP, gunakan blog ini sebaik-baiknya. Ayuh mahasiswa sekalian, bangkit dan bersuaralah.

"QUM FA’ANZIR"

Yb Sobri bin Noor
Bendahari Kehormat
(Sekriteriat Kebajikan)
Majlis Perwakilan Pelajar 07/08




Assalamualaikum & salam sejahtera. Saya ingin merakamkam setinnggi-tinggi tahniah kepada PSP & barisan exco2 yg berani membuat anjakan paradigma dalam usaha menjaga kebajikan ahli2 PSP .Semoga blog PSP ini menjadi wadah perhubungan antara Hicom PSP & ahli2'

Yb Shazrina binti Ahmad Razali
Setiusaha Agung
(Sekretariat Program)
Majlis Perwakilan Pelajar 07/08




.