December 25, 2009

Serba sikit tentang Sphygmomanometer

sphygmós (pulse), manometer (pressure meter)

Mungkin anda rasa, sphygmomanometer yang tradisional semakin digantikan oleh sphygmomanometer elektronik yang begitu senang digunakan. Mungkin anda rasa, satu hari nanti tiada lagi orang yang mahu menggunakan kaedah lama ini dan alat-alat ini hanya boleh dijumpai dalam museum.

Anda mungkin betul, itu mungkin berlaku, mungkin bila nanti.
Tetapi, sphygmomanometer yang kelihatan tua dan ketinggalan zaman itu, merupakan satu alat yang begitu kritikal, apabila bateri habis, apabila anda berada di kawasan pendalaman, apabila tekanan darah seseorang pesakit terlalu rendah dan BP set yang canggih-canggih itu langsung tidak dapat berfungsi.

Maka, penjagaan alat ini adalah penting, bagi memastikan ia dalam keadaan yang terbaik apabila anda memerlukannya. Tidak kiralah di dalam wad, atau semasa kita keluar membuat aktiviti CFCS, atau satu hari nanti kita mungkin dihantar ke mana-mana klinik kesihatan dan pada masa itulah, anda yang bertanggungjawab untuk memastikan semua alat ini dijaga dengan baik.



Ok, gambar 1. Label ini terdapat pada mana-mana sphygmomanometer, tetapi ramai yang tidak mempedulikannya langsung. Cara yang betul untuk menyimpan sphygmomanometer adalah OFF butang merkuri. Bukan itu saja, simpan balik merkuri ke dalam balangnya sebelum OFF. Ini memastikan tiada merkuri yang tertakung di luar, dan lama-kelamaan ia akan melekat pada kaca itu, dan menjejaskan bacaan anda, seperti dalam gambar 2.


0 Responses: