July 10, 2008

Surat Kepada BHEPP - Aduan Berhubung Isu Penginapan

Rujukan : PSP07/08.YDP.Surat/08
Tarikh : 10 Jun 2008

Assalaamualaikum,

Kepada,
Encik Hafiz Assad bin Zakaria
Penolong Pendaftar Kanan,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Kampus Kesihatan,Univesiti Sains Malaysia.

Tuan,
Aduan Berhubung Isu Penempatan
Merujuk kepada perkara diatas, pihak Persatuan Sains Perubatan ingin menyampaikan beberapa aduan yang telah kami terima daripada ahli kami berhubung masalah penginapan untuk pertimbangan pihak tuan.

2. Pihak persatuan sedar akan usaha pihak HEP untuk memastikajn kebajikan warga kampus dijaga semaksimum mungkin. Namun begitu, pihak persatuan telah menerima banyak aduan daripada warga kampus terutama daripada siswa/i perubatan berhubung dengan isu penempatan.

3. Berikut adalah masalah/aduan yang dikenal pasti:
a) Tidak mengikut sistem merit secara sepenuhnyai) Terdapat segelintir pelajar yang tidak berpuas hati kerana diberikan penempatan di UPPU kerana mereka mempunyai markah merit yang tinggi

b) Status siswa/i mengulang tahun 1. Walaupun sebelum ini pihak pengurusan universiti telah mengesahkan yang mereka akan dikira sebagai tahun 1 yang baru dari sudut mendapat jaminan untuk menginap di desa (sebagaimana tuntuatan PSP dalam memorendum yang dihantar sebelum ini), namun apa yang menyedihkan ada di antara mereka tidak diterima untuk tinggal di dalam kampus

c) Tidak dimaklumkan lebih awal kepada mereka yang tidak mendapat tempat di desa untuk memastikan mereka betul-betul bersedia sebelum mereka datang ke kampus. Maklumat daripada lamanweb healthycampus tidak tepat. Ada yang mendakwa sebelum ini nama mereka diterima untuk menginap didesa, tetapi sekarang mereka terpaksa berada di luar

d) Tiada transperensi (ketelusan) dalam pemilihan desasiswa. Ada dikalangan ahli kami yang melahirkan rasa kurang senang apabila pihak pengurusan universiti tidak mengeluarkan maklumat lengkap berhubung merit semua siswa/i.

e) Masalah khusus desa UPPU
i) Tiada privasi. Katil-katil hanya dibatasi dengan dinding setinggi lebih kurang 1 meter sahaja
ii) Masih belum siap sepenuhnya. Kerja-kerja pembaikan desa UPPU sedikit sebanyak mengganggu keselesaan siswa/i yang menginap di sana selain masalah keselamatan barang-barang mereka yang tidak terjamin dengan kehadiran pekerja-pekerja berkenaan.
iii) Masalah ruangan yang sempit.
iv) Faktor keselamatan. Keselamatan dari sudut harta benda mahupun keselamatan diri mereka sendir.
v) Keselesaan untuk belajarMasalah bising kerana berdekatan dengan jalan raya. Siswa mengadu tidak dapat belajar dan tidur lena kerana terdapat mat-mat rempit merempit hingga ke pagi.Bilik study yang tidak selesa. Antara lainnya kerana sistem pengudaraannya yang kurang baik.
vi) Tiada tempat untuk solat. Mereka yang tiggal di UPPU terpaksa berjalan jauh mengambil risiko untuk melintas jalan untuk ke Masjid Hospital setiap kali ingin menunaikan solat.

f) Siswa/i perubatan tahun 4 dan 5 ditempatkan di bilik 4 orang. Belum pernah dalam sejarah kampus sejahtera perkara ini berlaku. Keselesaan siswa/i fasa klinikal perlu diutamakan kerana ia merupakan fasa yang kritikal yang memerlukan tumpuan sepenuhnya kepada akademik

4. Dengan ini, kami mengharapkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kebajikan siswa/i kami dapat dipelihara sebaik yang mungkin.

Kerjasama daripada pihak tuan, kami dahulukan dengan lafaz jazakallahu khairal jaza’.

“Kami Memimpin”

“Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara”

Yang benar,


____________________

(Muhd Al-Aarifin bin Ismail)
Yang di Pertua,
Persatuan Sains Perubatan,
Univerisiti Sains Malaysia.
0179743297
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com

Sk : Fail SU1