December 23, 2007

Misi Bantuan Banjir PSP

Pada hari Sabtu lepas (22 disember 2007) pimpinan PSP telah mengadakan lawatan ke rumah ahli PSP yang telah terlibat dengan banjir baru-baru ini. Rombongan yang turut disertai oleh YDP serta exco telah melawat tiga buat rumah yang kesemuanya terletak di Rantau Panjang. Tujuan lawatan dilakukan adalah untuk bertanya khabar serta melihat sendiri keadaan kelurga ahli. Untuk pengetahuan semua, sewaktu kita berada dalam keadaan selesa dikampus ada rumah sahabat-sahabat kita yang hampir tenggelam dan keluarganya terpaksa bergelap selama lima malam kerana bekalan elektrik terputus. Walaupun ketika lawatan dibuat banjir telah surut, namun kesan-kesannya masih jelas kelihatan disekitar bandar Rantau Panjang.

Pihak pimpinan PSP melalui YDP telah menyerahkan sumbangan hasil daripada kutipan daripada Tabung Bencana Banjir yang dilancarkan baru-baru ini. Semoga sumbangan yang tidak seberapa itu dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung keluarga ahli yang terlibat. Dalam kesempatan ini juga kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan sahabat-sahabat sekalian. Sesungguhnya sikap bantu-membantu dikalangan ahli tampa mengira bangsa mahupun agama sangat-sangatlah dihargai. Sekian.

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara"


-Exco Kebajikan PSP-

p/s: Kepada mana-mana ahli PSP yang keluarganya terlibat dengan banjir tapi belum memaklumkannya kepada pihak pimpinan, diharap dapat berbuat demikian seberapa segera bagi membolehkan bantuan disalurkan.





3 Responses:

Anonymous said...

assalamualaikum & salam sejahtera

suka saya tengok usaha psp yg really take care kebajikan , kat sini saya nmpk psp bkn setakat menjaga kebajikan ahli psp ttp kebajikan family ahli psp juga

nasib baik rumah saya tgkt 7, InsyaAllah x banjir
kalo x saya pun nak bg nama untuk Tabung Banjir PSP

so, ahli2 yg rumahnya terlibat dgn banjir, bersabarlah sahabt
ada rahmat disebalik ujian tersebut n ada ganjaran utk sahabt2
akhir kalam,
'MUHASABAH DIRI, KOREKSI PERIBADI'
' HAYATI ISLAM , MANTAPKAN AQIDAH'

SHAZRINA HUMAIRA

Anonymous said...

assalamualaikum
bagusnya, dpt hamper
sdaya pun banjir jgk, tp malu la nak bg nama
ada tak cara lain supaya benda ni privacy ckit
hehe

Anonymous said...

ir-ron boleh nama melalui mesej atau email kepada exco kebajikan PSP saudari Fadzilah bt Mohd Noor medic 4th year (0129093242/fadezek@yahoo.com) ataupun saya sendiri (0179743297/al_aarifin@yahoo.com).

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara"