Untuk makluman semua, pada 3 Jun (Selasa) lepas, Pihak HEP & desa telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan kampus. PSP telah diwakili oleh YDP dan exco kebajikan. Agenda utama adalah berhubung dengan isu penginapan. Mesyuarat yang turut dihadiri Tuan Haji Yusof, En. Hafiz & Penggawa adalah bertujuan untuk menjawab tuntutan-tuntutan PSP, MPP mahupun persatuan2 yang lain.
Seperti yang sedia maklum pihak PSP sendiri telah menghantar memorendum setebal 6 muka surat kepada HEP menuntut beberapa perkara (rujuk dibawah). Secara umumnya pihak HEP telah menerima beberapa tuntutan PSP dalam memorendum tersebut, ada juga yang ditolak atas sebab-sebab tertentu. Berikut adalah maklum balas daripada pihak HEP berkenaan dengan 11 tuntutan tersebut (rujuk memorendum dibawah).
1. Perkara ini mustahil kerana keadaan semasa yang menunjukkan student melebihi kapasiti yang boleh ditanggung desa. Berkenaan dengan tuntutan untuk siswa/i undergrade mengisi kekosongan di blok2 siswazah/postgrade. Perkara ini tidak timbul kerana tiada kekosongan di blok2 terbabit, malah ia dikatakan tidak mencukupi untuk postgrade sendiri.
2. HEP akan sediakan 6 buah rumah staf yang kosong di Pasir Tumbuh (penginapan secara berpusat). Satu rumah dapat memuatkan 10 org student. HEP akan berusaha memastikan yang kebajikan mereka yang berada disana dijaga. Contohnya berkenaan dengan pengangkutan, pihak HEP mungkin akan menyediakan pengangkutan bas. Tetapi ia bergantung kepada perubahan. Perlu diingatkan bahawa, selepas diisi semua rumah tersebut, akan ada lagi siswa/i yang terpaksa mencari rumah sendiri. Untuk makluman, bangunan yang disewa diatas kedai ten-ten dianggap sebagai desasiswa yang baru. Oleh yang demikian, semua desasiswa ada 4 - Murni, Nurani, Blok B dan desa ten-ten.
3. Pihak UPPU (BHEPP) akan mengeluarkan senarai akhir siapa yang dapat menginap di desa & siapa yang tidak dapat pada 13 Jun. Pada tarikh ini HEP akan hantar senarai nama tersebut kepada pihak bendahari untuk tujuan pembayaan yuran desasiswa (kepada mereka yang dapat).
Peranan PSP – Mendapatkan senarai nama tersebut & memaklumkan kepada semua ahli PSP yang tak dapat tempat didesa seawal yang mungkin untuk mereka sempat mencari tempat untuk mereka menginap pada sesi yang akan datang.
4. Tuntutan ini tidak diterima atas alasan tarikh tutup untuk perkara tersebut telah lama ditutup. Walaubagaimanapun pihak HEP masih membuka ruang untuk siswa/i membuat rayuan. Sebelum 9 Jun surat rayuan hendaklah dihantar kepada BHEPP. Contoh surat ada di masukkan dalam blog entry dibawah.
5. Siswa/i yang mengulang tahun 1 akan dianggap sebagai tahun 1 (walaupun batch tahun 2). Dan keistimewaan untuk semua tahun 1 berada di desa juga akan diterima mereka dengan syarat mereka membuat permohonan.
6. Perkara ini tak diterima dengan alasan pihak kampus induk sendiri tak lakukan hebahan melalui cara tersebut.
Peranan PSP – kita sendiri akan melakukan hebahan terbut samaada melalui surat atau SMS selepas senarai tersebut dikeluarkan UPPU.
7. Pihak HEP akan membuat perancangan tehadap perkara ini kemudian.
Peranan PSP – Pastikan perkara ini benar-benar direalisasikan.
8. HEP mengakui terdapat banyak kelemahan tehadap sistem yang diguna pakai skarang. HEP akan lakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
9. Secara umumnya cadangan ini ditolak dengan alasan program dibawah PPSP adalah bersifat akademik yang wajid di lakukan oleh semua siswa/i PPSP. Tapi ia masih boleh dipertimbangkan jika setiap program yg dilakukan dirujuk HEP untuk bincang statusnya samaada boleh dikira mata merit @ tidak.
Peranan PSP – Berbincang dengan pengarah kampus untuk terus perjuangkan isu ini jika relevan.
10. Perkara ini telah disahkan oleh mesyuarat pengarah kampus. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian. Perlu diingatkan yang siswa/i tahun 4 & 5 walaupun di beri keistimewaan, namun mereka juga diwajibkan untuk memohon (untuk tempat di desa). Jika tidak memohon, secara automatiknya dianggap tidak berminat.
Peranan PSP – Mengesahkan perkara ini dengan merujuk minit meyuarat tersebut dah menghebah-hebahkan dalam edaran PSP.
11. Perkara ini melibatkan rancangan malaysia ke-9. Dimaklumkan yang semua tuntutan untuk membina bangunan penginapan siswa/i oleh semua universiti di dalam negara tidak diterima EPU (unit perancang ekonomi negara). Namun ia kemudiannya diterima tetapi peruntukan untuknya tidak ditambah. Maksudnya jika USM ingin membina desasiwa yang baru, USM terpaksa mengambil peruntukan yang diberikan untuk tujuan yang lain. Satu lagi permohonan USM untuk mendapatkan tanah di seberang sungai (belakang padang gof) telah diluluskan EPU (unit perancang ekonomi negara).
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan isu penginapan boleh terus berhubung dengan YDP atau exco kebajikan PSP.
"Kebajkan Terjaga, Akademik Terpelihara"
Yang di Pertua
Persatuan Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia
0179743297
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com
0 Responses:
Post a Comment