September 21, 2008

Perutusan Aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran saya rafakkan padaNya diberi peluang untuk masih menghirup nikmat udara di hari-hari terakhir ramadhan.Sebulan berada dalam universiti ramadhan yang mana segala peraturan diprogram oleh Pencipta sendiri, inilah sistem pendidikan yang terbaik, yang paling cocok dengan fitrah manusia.Didikan bagi mendidik jiwa-jiwa yang kian mati.Namun biarlah latihan yang kita terima sebulan ini mampu memberi perubahan dalam diri kita,semoga kita terus istiqamah dengan amalan- amalan walaupun setelah menjejakkan kaki keluar dari universiti ramadhan ini.Moga hasil didikan universiti ini walaupun sebulan Cuma,mampu kita jadikan bekalan untuk mengharungi 11 bulan yang penuh liku akan datang.Insyaallah..Bersama kita manfaatkan 10 malam terakhir ini,mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang diberi peluang menemui lailatulqadarNya.

Kini,1 syawal bakal menjelang.Segenap kampus berbicara soal raya dan bercuti.Namun dalam hiruk pikuk ini,suka untu saya ingatkan agar tidak terabai apa yang lebih penting..akademik,ibadah di malam terakhir ramadhan serta pilihan raya kampus yang kian menjelang. Selaku pimpinan persatuan ini,ingin saya ambil peluang ini untuk mengajak seluruh mahasiswa agar lebih bijak dalam memilih pimpinan utama kampus,pilihlah yang boleh menjadi suara mahasiswa,yang mampu menjadi penghubung yang baik antara mahasiswa dengan pimpinan kampus.Gunakan hak memilih sebaik mugkin.

Sempena 1 syawal yang bakal menjelang,saya mewakili seluruh jawatankuasa persatuan berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf dipohon andai terdapat sebarang kepincangan sepanjang kami menerajui persatuan hampir dua bulan ini,sokongan,pandangan dan suara mahasiswa sekalian amat kami alu-alukan.Semoga sambutan hari kemenangan kali ini betul-betul merupakan kemenangan bermakna buat kita.Selamat bercuti juga buat seluruh warga kampus,manfaatkan masa-masa cuti yang ada untuk bersama mengukuhkan kefahaman terhadap apa yang dah dipelajari. Sekali lagi,Selamat Menyambut Hari Kemenangan 1 Syawal dan Selamat Bercuti.



………………………….

Mohd Norhaizam bin Narawi,
Yang diPertua,
Persatuan Sains Perubatan,
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia.

September 20, 2008

Cuti 2 Tahun Tanpa Penalti

Pelajar perubatan dan stress memang tidak dapat dipisahkan. Sudah menjadi lumrah, sekiranya ingin menceburi bidang ini hendaklah bersedia dari segi fizikal dan terutama sekali mental untuk bergelar seorang DOKTOR satu hari nanti.
Terlalu banyak perkara yang perlu dikuasai dalam masa yang singkat menyebabkan timbul la symptom2 stress, depression dan sebagainya, disebabkan itu ramai yang mengambil jalan mudah untuk terus keluar dari medical school.. Berikutn itu,pihak exco kebajikan PSP mengambil peluang untu berbincang dengan dekan PSP,prof aziz Baba..Hasil perbincagan tersebut,dekan minta untuk diwar-warkan bahawa, pihak akademik PPSP menawarkan cuti dengan kebenaran selama 2 tahun tanpa penalti, namun untuk mendapat kelulusan tersebut, perlu terlebih dahulu mendapat surat perakuan daripada Dr Psychiatric.
Apa yang dimaksudkan dengan cuti 2 tahun tanpa penalti ini?? Seperti yang kita tahu, kita semua boleh berada di pusat pengajian ini semaksimanya 7 tahun. Dengan adanya cuti 2 tahun tanpa penalti ini 2 tahun ini tidak akan dikira dalam tempoh 7 tahun tersebut...apabila kita kembali belajar setelah bercuti barulah dikira dalam tempoh 7 tahun tersebut...ok harap semua paham... :)
Keputusan untuk terus meninggalkan medical school bukanlah satu-satunya jalan yang ada..Mungkin masa 2 tahun boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tenangkan fikiran dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan serta berfikir secara rasional keputusan yang perlu diambil... tetapi sekiranya menukar kos adalah keputusan yang dapat mencerminkan masa depan yang lebih cerah bolehla memohon penukaran kos pada sekitar bulan 12...
Sekian, harap maklum..

September 17, 2008

Majlis Khatam Al-Quran


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BAGI MENGIMARAHKAN PROGRAM INI

September 15, 2008

Ziarah Pesakit

Buat pengetahuan semua, Persatuan Sains Perubatan ada menganjurkan satu program bersempena Ramadhan iaitu ZIARAH PESAKIT. Program ziarah pesakit ini bermulanya pada 9/9/08 dan akan diteruskan sehingga 25/9/08.

Program ini melibatkan semua ahli psp yang berminat untuk menjadi sukarelawan dan juga usahasama dari pihak Hospital Universiti Sains Malaysia sendiri. Sumbangan yang diberikan kepada pesakit seperti buah kurma, semuanya pihak hospital yang menghulurkan sumbangan. Sukarelawan ditugaskan datang menziarahi pesakit dan menyampaikan sumbangan tersebut. Terdapat juga aktiviti lain yang dijalankan bersama sukarelawan seperti Solat Asar bersama pesakit.

Bagi memudahkan perjalanan program ini, sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bertugas di ward yang berlainan pada hari yang berlainan seperti yang telah dijadualkan. Pihak hospital juga ada menyediakan wakil bagi setiap wad untuk program ini bagi membantu sukarelawan menjalankan tanggungjawab mereka.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak hospital kerana sudi menjayakan program ini bersama persatuan kami dan tidak lupa juga kepada para sukarelawan yang banyak berkorban dan menghulurkan bantuan dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha anda semua diberkati oleh Allah S.W.T

Program seperti ini seharusnya terus dijalankan pada masa hadapan. Dengan adanya program seperti ini, kita dapatlah merapatkan ukhwah antara kita dan pesakit sebagai sesama saudara bukan sebagai pesakit dan doktor pelatih seperti kebiasaannya.

September 09, 2008

Perutusan Ramadhan Daripada Yang DiPertua Persatuan Sains Perubatan

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan padaNya kerana dengan limpah dan inayahNya,kita semua masih dikurniakan nikmat iman dan islam pada ramadhan ini.Ramadhan..satu bulan yang penuh barakah,bulan yang dinanti-nanti oleh umat yang beriman.Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang menanti-nanti kehadiran ramadhan.Menanti untuk mengambil kesempatan atas barakahnya untuk kita tingkatkan amalan kita,asah kembali iman yang kian tumpul seterusnya menggilap kembali azam yang kian pudar.

Usah kita jadikan ibadah puasa,sebagai alas an untuk kita hilang fokus pada hal-hal akademik..dan jangan pula jadikan kesibukan kelas dan urusan-urusan akademik sebagai alas an untuk kita abaikan tanggungjawab sebagai muslim.Muslim yang hebat adalah muslim yang mampu menyeimbangkan antara hal-hal dunia dan akhirat.Justeru,ayuh sama-sama jadikan ramadhan kali ini sebagai titik tolak untuk kita tingkatkan azam,kuatkan tekad, lipat gandakan amalan,mudah-mudahan ramadhan ini betul-betul menjadikan kita produk USM yang bertaraf antarabangsa sesuai dengan USM yang dipilih sebagai universiti APEX baru-baru ini..

Akhir kata,di kesempatan ini,saya mewakili seluruh jawatankuasa Persatuan Sains Perubatan sesi 2008/2009 memohon seluruh ahli-ahli persatuan agar memberi sokongan padu buat jawatankuasa kali ini,segala komen dan cadangan untuk kecemerlangan persatuan amat kami harapkan.Kami juga ingin merakamkan Selamat Mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak.Bersama kita jadikan ramadhan kali ini sebagai bulan untuk kita asah kembali iman kita sebagai bekalan untuk 11 bulan berikutnya.Tidak lupa, ucapan Selamat berjaya buat adik-adik tahun satu yg bakal menduduki Selanjar Satu tidak lama lagi.Doa kami sentiasa mengiringi kejayaan kalian.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,
………………...
Mohd Norhaizam bin Narawi,
Yang DiPertua Persatuan Sains Perubatan

September 05, 2008

Ramadhan


Salam

Kepada semua pelajar Muslim selamat berpuase diucapkan....gunakanlah peluang sebaik-baiknya beramal dan beribadah di bulan baik ini...
Rebutlah peluang di malam LAILATUL QADAR...

September 04, 2008

USM ----> UNIVERSITI APEX PERTAMA

Petikan berita harian, Thursday 4 September 2008

USM dipilih Universiti Apex pertama

PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai Universiti Apex pertama, mengetepikan beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk universiti tertua negara, Universiti Malaya (UM). Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) selepas mendapati USM memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkannya berkata, USM mengatasi universiti saingan lain berdasarkan tiga kriteria iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.

"Penilaian yang kita gunakan untuk memilih USM adalah berasaskan sudut kuantitatif dan kualitatif yang masing-masing bersandarkan kepada tahap kesediaan untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik," katanya pada sidang media di kementeriannya, semalam. Hadir sama, kedua-dua Timbalannya, Datuk Idris Haron dan Datuk Dr Hou Kok Chung. Selain USM dan UM, lima lagi institusi pengajian tinggi awam yang mengemukakan permohonan untuk menjadi Universiti Apex adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dua institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), turut mengemukakan permohonan. Universiti Apex akan diberi autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.
Mohamed Khaled berkata, sepanjang tempoh pemilihan sebagai Universiti Apex, USM perlu berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020. "Kita perlu lihat dan menilai pencapaian USM dengan kertas cadangannya bertema 'Perubahan Pengajian Tinggi Untuk Kestabilan Hari Esok'. Dalam tempoh berkenaan dan selepas itu barulah keputusan akan dibuat sama ada perlu pemilihan Universiti Apex lain atau tidak," katanya. Ditanya kenapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata, pemilihan bukan berdasarkan usia tetapi keupayaan membawa perubahan dalam sistem pendidikan tinggi sehingga mencapai tahap dunia. "Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain dipinggirkan, sebaliknya akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia," katanya.

Mengenai aspek pembiayaan, Mohamed Khaled berkata, perkara itu akan dimasukkan dalam setiap bajet tahunan yang akan diumumkan kerajaan dalam merangka pelan transformasi selama lima tahun. Sementara itu, Timbalan Pendaftar USM, Mohamad Abdullah, dalam kenyataannya berkata pemilihan universiti itu sebagai Universiti Apex akan menjadi pendorong utama untuk memartabatkan pengajian tinggi ke peringkat dunia. Beliau berkata, USM mahu melonjakkan usaha mentransformasikan pengajian tinggi bagi mewujudkan dunia yang sejahtera berteraskan pembangunan lestari. "USM menjadi pusat kepakaran serantau bagi pendidikan lestari dengan adanya Pusat Latihan Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 2005. Ini adalah pengiktirafan yang besar kepada USM dan ia kejayaan seluruh warga kampus, apalagi dalam sambutan 40 tahun universiti," katanya.

Jadi kita sebagai pelajar USM tentunya merasa bangga dengan pencapaian ini...namun harus diingat tugas kita masih panjang lagi...marilah bersama-sama berusaha dan berdoa bagi merealisasikan impian ini ok... :)
  • Sepanjang tempoh pemilihan APEX, Usm perlu berada diantara 100 universiti terbaik dunia
  • 50 universiti terbaik dunia pada tahun 2020














Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ( Menteri Pengajian Tinggi )ketika mengumumkan Universiti Sains Malaysia dipilih sebagai universiti Apex di kementeriannya di Putrajaya.














Di saat pengumuman dan penyerahan USM universiti apex pertama.

check it out ------> berita harian , utusan malaysia , the star , new straits time