September 09, 2008

Perutusan Ramadhan Daripada Yang DiPertua Persatuan Sains Perubatan

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan padaNya kerana dengan limpah dan inayahNya,kita semua masih dikurniakan nikmat iman dan islam pada ramadhan ini.Ramadhan..satu bulan yang penuh barakah,bulan yang dinanti-nanti oleh umat yang beriman.Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang menanti-nanti kehadiran ramadhan.Menanti untuk mengambil kesempatan atas barakahnya untuk kita tingkatkan amalan kita,asah kembali iman yang kian tumpul seterusnya menggilap kembali azam yang kian pudar.

Usah kita jadikan ibadah puasa,sebagai alas an untuk kita hilang fokus pada hal-hal akademik..dan jangan pula jadikan kesibukan kelas dan urusan-urusan akademik sebagai alas an untuk kita abaikan tanggungjawab sebagai muslim.Muslim yang hebat adalah muslim yang mampu menyeimbangkan antara hal-hal dunia dan akhirat.Justeru,ayuh sama-sama jadikan ramadhan kali ini sebagai titik tolak untuk kita tingkatkan azam,kuatkan tekad, lipat gandakan amalan,mudah-mudahan ramadhan ini betul-betul menjadikan kita produk USM yang bertaraf antarabangsa sesuai dengan USM yang dipilih sebagai universiti APEX baru-baru ini..

Akhir kata,di kesempatan ini,saya mewakili seluruh jawatankuasa Persatuan Sains Perubatan sesi 2008/2009 memohon seluruh ahli-ahli persatuan agar memberi sokongan padu buat jawatankuasa kali ini,segala komen dan cadangan untuk kecemerlangan persatuan amat kami harapkan.Kami juga ingin merakamkan Selamat Mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak.Bersama kita jadikan ramadhan kali ini sebagai bulan untuk kita asah kembali iman kita sebagai bekalan untuk 11 bulan berikutnya.Tidak lupa, ucapan Selamat berjaya buat adik-adik tahun satu yg bakal menduduki Selanjar Satu tidak lama lagi.Doa kami sentiasa mengiringi kejayaan kalian.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,
………………...
Mohd Norhaizam bin Narawi,
Yang DiPertua Persatuan Sains Perubatan

0 Responses: