September 21, 2008

Perutusan Aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran saya rafakkan padaNya diberi peluang untuk masih menghirup nikmat udara di hari-hari terakhir ramadhan.Sebulan berada dalam universiti ramadhan yang mana segala peraturan diprogram oleh Pencipta sendiri, inilah sistem pendidikan yang terbaik, yang paling cocok dengan fitrah manusia.Didikan bagi mendidik jiwa-jiwa yang kian mati.Namun biarlah latihan yang kita terima sebulan ini mampu memberi perubahan dalam diri kita,semoga kita terus istiqamah dengan amalan- amalan walaupun setelah menjejakkan kaki keluar dari universiti ramadhan ini.Moga hasil didikan universiti ini walaupun sebulan Cuma,mampu kita jadikan bekalan untuk mengharungi 11 bulan yang penuh liku akan datang.Insyaallah..Bersama kita manfaatkan 10 malam terakhir ini,mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang diberi peluang menemui lailatulqadarNya.

Kini,1 syawal bakal menjelang.Segenap kampus berbicara soal raya dan bercuti.Namun dalam hiruk pikuk ini,suka untu saya ingatkan agar tidak terabai apa yang lebih penting..akademik,ibadah di malam terakhir ramadhan serta pilihan raya kampus yang kian menjelang. Selaku pimpinan persatuan ini,ingin saya ambil peluang ini untuk mengajak seluruh mahasiswa agar lebih bijak dalam memilih pimpinan utama kampus,pilihlah yang boleh menjadi suara mahasiswa,yang mampu menjadi penghubung yang baik antara mahasiswa dengan pimpinan kampus.Gunakan hak memilih sebaik mugkin.

Sempena 1 syawal yang bakal menjelang,saya mewakili seluruh jawatankuasa persatuan berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf dipohon andai terdapat sebarang kepincangan sepanjang kami menerajui persatuan hampir dua bulan ini,sokongan,pandangan dan suara mahasiswa sekalian amat kami alu-alukan.Semoga sambutan hari kemenangan kali ini betul-betul merupakan kemenangan bermakna buat kita.Selamat bercuti juga buat seluruh warga kampus,manfaatkan masa-masa cuti yang ada untuk bersama mengukuhkan kefahaman terhadap apa yang dah dipelajari. Sekali lagi,Selamat Menyambut Hari Kemenangan 1 Syawal dan Selamat Bercuti.



………………………….

Mohd Norhaizam bin Narawi,
Yang diPertua,
Persatuan Sains Perubatan,
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia.

1 Responses:

tajudin said...

semoga kita semua ceria/bahagia di Aidilfitri dan sentiasa dalam rahmat Allah.