November 01, 2008

Program Orang Asli Kuala Koh - Projek MMA



Isnin, 27 Oktober 2009 satu detik yang bersejarah bagi pihak Persatuan Sains Perubatan kerana secara julung-julung kalinya diadakan pengembaraan bersama ke perkampungan orang asli di Kuala Koh, Gua Musang. Pengembaraan ini dianjurkan oleh MMA & Mercy bahagian Kelantan dengan kerjasama Lion’s Club, Kota Bharu dan Leo’s Club, dari SJK Chung Cheng.

Perjalanan bermula pada jam 8.15 pagi yang disertai oleh YDP PSP,Mohd Norhaizam b. Narawi, SU 1 PSP, Nurul Syuhada Bt. Johari, Bendahari 1 PSP, Shazana Bt. Hamizol, Exco Akademik PSP, Ahmad Faiz B. Azhari Nur dan Zaleha Bt. Kamaludin, medic 3rd year. Pengembaraan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke destinasi.



Setibanya di sana, alangkah terkejutnya kami apabila melihat kedaifan penduduk ornag asli yang hanya berbumbungkan pondok-pondok yang diperbuat daripada buluh dan daun nipah. Melihat kanak-kanak yang kegirangan dan gembira di atas kedatangan kami, menerbitkan di hati kami rasa tanggungjawab dan kesyukuran yang tidak terhingga. Telatah kanak-kanak tersebut apabila menerima makanan dapi pihak MMA amat menyentuh hati, betapa mereka amat mengharapkan bantuan dari pihak luar.Di pondok inilah tempat mereka tidur, memasak, berehat dan melakukan rutin seharian. Mereka hidup secara nomad, di mana mereka sentiasa berpindah randah bergantung kepada iklim dan kesuburan kawasan. Mereka masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang dan animisme. Dianggarkan seramai 14 buah keluarga yang mendiami kawasan tersebut.

Bahang kepanasan mentari semakin memuncak, seolah-olah matahari berada sejengkal sahaja jaraknya dari kami. Tetapi, misi kemanusian harus diteruskan, pihak MMA & Mercy sibuk mengagihkan barang-barang keperluan harian seperti beras, minyak, gula, biskut, pakaian dan sebagainya kepada penduduk orag asli sbg keperluan semasa musim tengkujuh yang diramalkan akan melanda negeri-negeri di pantai timur pada akhir Oktober dan sepanjang bulan November.



Pihak PSP berserta Dr.Nazreen dan Dr Nazlin, dari Klinik Perdana, Kota Bharu meggunakan kesempatan ini menjalankan khidmat kesihatan kepada penduduk orang asli.Pada awalnya, kebnyakan mereka takut untuk menghampiri kami, tetapi akhirnya segala-galanya menjadi mudah. Kebanyakan mereka menhidap penyakit kulit, batuk,selesema dan mengalami masalah kutu. Pihak PSP sempat melakukan ‘Home Visit’ dan berpeluang berjumpa dan beramah nesra dengan setiap keluarga. Walaupun mereka kurang memahami bahasa melayu, tetapi berkat kesabaran dalam memberi penerangan tentang penggunaan ubat-ubatan, akhirnya perkara yg susah menjadi mudah. Setiap kanak-kanak diberikan vitamin.

Pada jam 1 tgh hari, kami mula mengundurkan diri dari perkampungan orang asli. Suasana sedih dan gembira menyelubungi perasaan kami. Sedih kerana terpaksa berpisah dan gembira kerana diberikan peluang untuk mendalami dan merasai sendiri bagaimana kehidupan mereka. Sekaligus memberi kami rasa bersyukur yang tidak terhingga terhadap nikmat kesenangan yang telah dikurniakan Tuhan. InsyaAllah....pengalaman ini adalah sebagai pembuka jalan kepada perlaksanaan next projek PSP iaitu Projek Kebajikan Orang Asli yang akan disertai sendiri oleh pelajar-pelajar sains perubatan.


0 Responses: