October 15, 2008

Cadangan / Aduan Anda

Bagaimanakah caranya untuk menyuarakan sebarang cadangan atau aduan kepada pihak yang betul untuk diambil tindakan? Jika anda prihatin akan kewujudan Persatuan Sains Perubatan dan blog persatuan ini, jawapannya ada di sini.
Pihak kebajikan telah memikirkan inisiatif baru dalam menangani permasalahan rata-rata pelajar masa ini. Salah satu pendekatan yang telah digunakan sekian lama adalah melalui kotak cadangan atau aduan yang diletakkan di setiap dewan kuliah. Mana-mana pelajar yang mempunyai sebarang aduan atau cadangan dikehendaki untuk mengisi borang aduan / cadangan kemudian memasukkan borang tersebut ke dalam kotak aduan / cadangan. Namun, pihak kebajikan memohon jutaan kemaafan kerana sering kali mengabaikan kotak tersebut atas kelemahan diri sendiri. Oleh itu, untuk mengatasi masalah tersebut dalam kemelut masa yang sentiasa menduga, satu pendekatan baru akan diperkenalkan dengan menggunakan kemudahan dunia tanpa sempadan kini.
Sejajar dengan era globalisasi masa ini, zaman juga telah mengalami peralihan dengan kemajuan teknologi. Jadi, sehubungan dengan itu, ada cara lebih mudah untuk menyuarakan sebarang cadangan atau aduan. Dengan wujudnya blog ini, banyak kebaikan dan kemudahan dapat dimanfaatkan oleh pelajar. Untuk kita sama-sama memanfaatkan blog ini, semua ahli dialu-alukan untuk berkongsi cadangan atau aduan di blog PSP ini. Selain tindakan daripada pihak kebajikan, exco-exco yang terlibat juga boleh menyuarakan pendapat masing-masing. Walaupun aduan / cadangan boleh dibuat di blog ini, kotak aduan / cadangan tetap akan berfungsi seperti biasa. Ajk kebajikan akan mengutip mana-mana aduan / cadangan yang telah diutarakan. Segala kerjasama dan perhatian semua didahului dengan jutaan terima kasih.
EXCO KEBAJIKAN PSP
Coming soon …
HARI INTERAKSI PELAJAR

0 Responses: