December 19, 2008

Hedonisme


Dinihari manusia kerap memandang kejayaan sebagai satu tanda aras dalam kehidupan. Dan kerap kali kita mendengar bagaimana adanya kisah yang menjadi pemangkin kejayaan manusia disiarkan oleh media massa. Pencapaian dimata manusia itu penting dan begitu juga pencapaian disebaliknya. Andaikata sekiranya kita ingin cemerlang perlulah kita cemerlang dalam kehidupan keseluruhannya termasuklah hiburan yang diambil. Sebagai pertubuhan kepada sejumlah mahasiswa Islam di Kampus Kesihatan ini, Persatuan Sains Perubatan berhasrat untuk mengadakan sebuah kempen yang berkenaan hedonisme ataupun dikenali ramai dengan sebuah konsep hiburan. Oleh itu, pengelolaan program Hedonisme dan Suatu Konsep Kecemerlangan yang akan dijalankan dirangka khusus untuk semua warga Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang diharap dapat mememberikan tanda aras kecemerlangan seorang mahasiswa Islam dalam aspek berhibur.

objektif yg ingin dicapai dalam program kali ini :

- Menerangkan konsep hiburan yang dibenarkan dalam Islam
- Menyemai maksud sebenar Hedonisme dalam diri dan kesan dan contohnya kepada
masyarakat
- Mengutarakan suatu guideline tentang hiburan yang dibenarkan dalam Islam

17 Disember 2008

Majlis Perasmian Program Hedonisme & Konsep Kecermelangan Insani
Masjid Pusat Islam
7.30 p.m

18 Disember 2008

Tayangan video
Masjid Pusat Islam
7.30 p.m

19 Disember 2008

Sukaneka Muslimat
Kompleks Sukan
9.00 a.m

Malam Untukmu Wanita
Masjid Pusat Islam
9.00 p.m

20 Disember 2008

Explorace muslimin
komplek sukan
9.00 a.m

23 Disember 2008

Ceramah Kecemerlangan As-Sabiqun Wal Awwalun
Ustaz Azhar KIAS
Masjid Pusat Islam
7.30 p.m


December 08, 2008

Universiti APEX ada tetamu!

Untuk pengetahun semua, sekumpulan pelajar dari universiti lain akan datang berkunjung ke kampus kita! Berikut adalah butiran lanjut tentang program yang akan dijalankan pada hari tersebut :


Tarikh : 13hb Disember 2008 (Sabtu)
Tempat :  
1) Kompleks Sukan
(Futsal & Bola jaring - Friendly match antara USM & UKM)
2) Dewan Kuliah 8
(Majlis Sambutan) 
Masa :  8.30am - 1.30pm
** Makanan Tengahari disediakan!

Jadi, siapa tetamu kita?
100 orang pelajar kursus perubatan Tahun 3 dan kursus jururawat dari UKM.
SEMUA pelajar dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program ini!
Jom kita turun beramai-ramai untuk beri sokongan kepada wakil-wakil USM dalam acara futsal & bola jaring di samping dapat berkenalan dengan kawan-kawan bakal doktor dan nurse dari universiti lain! 
Kepada yang akan hadir ke sini, kami amat mengalu-alukan kehadiran anda.
Persatuan Sains Perubatan.


November 20, 2008

Laporan Hari Interaksi Pelajar

Hari Interaksi Pelajar PSP
31 oktober – 1 november 2008
' integrasi minda menjana generasi berkualiti '



Pada 31 Oktober dan 1 November yg lalu, Persatuan Sains Perubatan telah mengadakan satu sesi interaksi pensyarah bersama pelajar, iaitu Hari Interaksi Pelajar. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar menangani gejala stress yang semakin menular. Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan kehidupan seorang doktor sebagai persediaan sebelum menjadi seorang pengamal perubatan, dan juga berkongsi pengalaman pahit dan manis dalam menempuh arus cabaran yang sentiasa menduga.

Program Hari Interaksi Pelajar ini, merupakan satu usaha sama PSP bersama PADU dan PPIP. Hasil kerjasama tiga persatuan ini, alhamdulillah program ini dapat berjalan seperti mana yang telah dirancang. Ketiga-tiga persatuan ini mengambil inisiatif untuk mengadakan satu sesi interaksi dan integrasi minda di mana para pelajar diberikan peluang untuk bertukar buah fikiran bersama para pensyarah dan pelajar-pelajar senior serta berkongsi pengalaman sekaligus memberi jalan penyelesaian kepada kebuntuan yang menghuni minda pelajar.

Program ini dilihat sebagai medium untuk para pelajar meluahkan permasalahan dan kesukaran yang dihadapi dalam segala aspek kehidupan. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat kental dalam diri pelajar melalui perbincangan terbuka seterusnya menjadikan kita seorang yang lebih baik dengan mengenal kelemahan dan kekuatan diri.
- this is our pengarah projek -

Pada hari Jumaat, bersamaan dengan 31 Oktober 2008, bertempat di Dewan Nurani, program ini berjalan dari pukul 9 pagi hingga 1 tengahari. Program ini dihadiri oleh lebih kurang 70 orang pelajar. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Naib Yang Dipertua PSP, Mohd Solehin Bakri seterusnya ucapan daripada Pengarah Projek Hari Interaksi Pelajar dan disusuli dengan persembahan multimedia yang kreatif. Kemudian acara seterusnya diambil alih oleh dua orang pensyarah yang tidak asing lagi, Dr Ahmad Fuad Abdul Rahim dan Dr Muhammad Shaiful Bahari Yusof. Kedua-dua pensyarah yang sememangnya terkenal dengan kelincahan dan kepetahan berbicara ini, menimbulkan suasana yang ceria dan mampu menarik minat peserta untuk memberi perhatian. Para peserta tampak terhibur dan berpuas hati dengan sesi yang telah dikendalikan oleh kedua-dua pensyarah ini yang sentiasa komited dengan tugasan yang telah diberikan.
- these are our beloved doctors, Dr Shaiful (right) n Dr Fuad (left) -

Sesi bersama Dr Ahmad Fuad dan Dr Shaiful bertajuk ‘Medical Student Stress’, ‘Identify Stress Level’ dan ‘Handling Stress’ dilihat memberi impak yang besar kepada para pelajar yang hadir. Para pelajar didedahkan dengan tekanan yang dihadapi oleh segelintir besar pelajar dan pengamal perubatan kini. Pendedahan yang dibuat oleh Dr Ahmad Fuad tentang komplikasi tekanan dalam kehidupan agak mengejutkan peserta yang hadir hari itu, namun itulah hakikatnya yang harus diterima. Melihatkan implikasi yang begitu besar membuatkan semua yang hadir terkesima dan berfikir akan tindakan yang bakal dilakukan sekiranya berada di dalam situasi yang sama. Pendedahan itu menimbulkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga, kerana diberi peluang untuk mengenal dan menangani tekanan dalam diri masing-masing sebelum gejala itu sampai ke tahap yang tidak dapat lagi dibendung.

- sesi bersama Dr Fuad & Dr Shaiful -
Hakikatnya, banyak lagi kelemahan dan kekurangan diri ini yang masih perlu diperbaiki dalam menjadi insan kamil yang mampu untuk menyumbang kepada kemaslahatan negara umumnya dan kebajikan masyarakat khususnya. Sesi seterusnya dikendalikan oleh Dr Norzila Zakaria, pensyarah di Jabatan Psikiatri. Pendekatan yang digunakan oleh Dr Norzila juga dilihat begitu berkesan dalam menyelami hati-hati mereka yang sentiasa diselubungi permasalahan yang telah sekian lama terbuku. Para pelajar juga memberikan respon yang memberangsangkan, baik bersama Dr Ahmad Fuad, Dr Shaiful mahupun Dr Norzila. Program hari itu ditamatkan dengan senaman ringan yang dapat membantu mengurangkan tekanan otot selepas seharian berhempas pulas dengan tekanan di tempat kerja. Senaman ringan yang dinamakan ‘Progressive Muscle Relaxation’ itu dikendalikan oleh Dr Norzila sendiri. Sememangnya Pakar Psikiatri ini memang pintar dalam mengenal pasti pergolakan jiwa yang dialami pelajar dan cara untuk mengurangkan tekanan tersebut. Terus terang berbicara, senaman ringan itu walaupun ringkas namun memberi impak yang maksima kepada mereka yang dihimpit tekanan hidup.
- sesi bersama Dr Norzila -
- sesi soal jawab bersama Dr Norzila -
Program bersambung pada keesokan harinya, 1 November 2008 bersamaan dengan hari Sabtu, bertempat di Dewan Utama. Acara pada pagi itu, dengan dihadiri oleh lebih kurang 40 orang pelajar, dimulakan pada pukul 9 dengan ceramah bertajuk ‘Kepentingan Vaksinasi Dalam Kalangan Pelajar’ daripada Dr Siti Asma Hassan, pensyarah di Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi. Vaksinasi ini penting untuk dihebahkan kepada pelajar supaya pelajar maklum akan faedah dan kepentingan mengambil vaksinasi ini dalam melindungi pelajar daripada jangkitan-jangkitan penyakit di hospital. Ceramah tamat pada pukul 1015 pagi dan para peserta dihidangkan dengan minum pagi. Pada pukul 1030 pagi, seramai 13 orang pensyarah yang secara sukarela turun padang untuk menyertai program ini tiba di dewan utama. Pensyarah-pensyarah yang cukup komited ini sanggup mengorbankan hujung minggu mereka demi untuk membantu para pelajar menangani masalah pembelajaran yang dihadapi. Sesungguhnya, kami sungguh terharu dengan pengorbanan pensyarah-pensyarah yang hadir.
- antara pensyarah yang menghadirkan diri, jutaan terima kasih kami ucapkan -

Acara seterusnya diteruskan dengan perbincangan dalam kumpulan bersama pensyarah masing-masing. Sebanyak 9 kumpulan dibentuk dengan diselia oleh seorang atau dua orang pensyarah. Antara yang dibincangkan dalam kumpulan adalah pengalaman para pensyarah sepanjang menjadi seorang doktor, cabaran dalam menghadapi peperiksaan, kriteria seorang pengamal perubatan dan cara menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam bidang perubatan selain menggalakkan interaksi antara pelajar dan pensyarah. Para pelajar bukan sahaja berpeluang untuk berkenalan dengan pensyarah dengan lebih dekat, malah dapat menimba ilmu dan nasihat-nasihat yang berguna sebagai garis panduan di dalam meneruskan perjuangan hidup. Dalam masa yang singkat, ‘rapport’ dapat dibina dengan baik dan perbincangan menjadi hangat dengan topik-topik dan isu yang diutarakan oleh pelajar. Banyak tips dan pengalaman menarik yang diceritakan oleh para pensyarah pada hari tersebut, sehinggakan pelajar terlalu asyik mendengar tanpa menyedari masa yang berlalu pergi. Program ditamatkan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada para pensyarah, makan tengahari dan sesi bergambar.
- perbincangan hangat antara student dan pensyarah -


Secara kesimpulannya, program yang pertama kali diadakan oleh PSP ini secara keseluruhannya dapat mencapai objektif seperti yang telah diharapkan. Secara tidak langsung, pendirian dan matlamat pelajar yang hadir sedikit sebanyak menjadi lebih jelas selepas menghadiri program ini. Program ini juga dilihat memberi kesan yang positif dalam diri pelajar ke arah membentuk pelajar yang mempunyai minda kelas pertama walaupun masa pelaksanaannya agak singkat. Diharapkan program ini dapat diteruskan kelangsungannya pada masa-masa akan datang dalam membentuk pengamal perubatan yang cekap dan berkualiti di masa hadapan.

- sesi memberi sedikit penghargaan kepada pensyarah2 yg sgt berjasa -


laporan disediakan oleh pengarah projek Nur Zahidah a.k.a exco kebajikan


November 18, 2008

Oops! I fall in LOVE!


"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram(kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal." [AlHadith]


Cinta itu fitrah..ia juga satu nikmat Allah..cuma mungkin bila ia hadir pada masa,ketika,keadaan dan terhadap orang yang tak sesuai...akan mula menjadi masalah yang sukar diatasi..sama ada kita tewas melawan nafsu dan terjerumus dalam lembah maksiat..atau kita bijak mempraktikkan segala ajaran dan panduan yang telah islam gariskan..kesabaran..kekuatan serta tawakkal itu kunci utama..


Justeru bagi merungkai permasalahn utama dikalangan remaja kini, Persatuan Sains Perubatan dengan kerjasama Pusat Islam menganjurkan;

Siri ceramah permasalahan remaja I..
oleh Ust Ubaidillah penulis buku permasalahn cinta remaja yang tak asing..(Warkah cinta berbau Syurga)
20 hb 2008(khamis) bertempat di masjid murni..bersama meriahkan majlis..
turut diadakan majlis solat hajat utk adik2 1st year yang bakal menghadapi peperiksaan selanjar..



Semoga objektif ke arah amar ma'ruf nahi mungkar tercapai...
20 November 2008
kredit 2 nurul syuhada (SU 1) 4 da ayat..


November 12, 2008

MODEN@blogPSP : Kamus dihujung jari anda

SoMeThiNg u ShOULD HaVE
Kamus elektronik Oxford University Press dari MobiSys
MsDict Oxford English Mini Dictionary

Saiz fail : 802 KB


u can get it ---> here

MsDict Concise Medical Dictionary


Saiz fail : 1.2 MB

u can get it ---> here


MsDict Concise Oxford Thesaurus

Saiz fail : 2.2 MB
Thesaurus adalah untuk cari sinonim bagi perkataan-perkataan Inggeris. Sangat best!

u can get it ---> here
Sesuai dengan :
Motorola, Nokia, Samsung, Alcatel, Siemens, Panasonic, Sagem, semua! Asalkan boleh support fail Java (.jar atau .jad).
kredit 2 nur ain shafiyah (exco media)


Diari PSP


uNtuk sAiz Yg lebIh bEsaR buAt TataPan aNda semUe blEhla kLik On it k...


November 01, 2008

Program Orang Asli Kuala Koh - Projek MMA



Isnin, 27 Oktober 2009 satu detik yang bersejarah bagi pihak Persatuan Sains Perubatan kerana secara julung-julung kalinya diadakan pengembaraan bersama ke perkampungan orang asli di Kuala Koh, Gua Musang. Pengembaraan ini dianjurkan oleh MMA & Mercy bahagian Kelantan dengan kerjasama Lion’s Club, Kota Bharu dan Leo’s Club, dari SJK Chung Cheng.

Perjalanan bermula pada jam 8.15 pagi yang disertai oleh YDP PSP,Mohd Norhaizam b. Narawi, SU 1 PSP, Nurul Syuhada Bt. Johari, Bendahari 1 PSP, Shazana Bt. Hamizol, Exco Akademik PSP, Ahmad Faiz B. Azhari Nur dan Zaleha Bt. Kamaludin, medic 3rd year. Pengembaraan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke destinasi.



Setibanya di sana, alangkah terkejutnya kami apabila melihat kedaifan penduduk ornag asli yang hanya berbumbungkan pondok-pondok yang diperbuat daripada buluh dan daun nipah. Melihat kanak-kanak yang kegirangan dan gembira di atas kedatangan kami, menerbitkan di hati kami rasa tanggungjawab dan kesyukuran yang tidak terhingga. Telatah kanak-kanak tersebut apabila menerima makanan dapi pihak MMA amat menyentuh hati, betapa mereka amat mengharapkan bantuan dari pihak luar.Di pondok inilah tempat mereka tidur, memasak, berehat dan melakukan rutin seharian. Mereka hidup secara nomad, di mana mereka sentiasa berpindah randah bergantung kepada iklim dan kesuburan kawasan. Mereka masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang dan animisme. Dianggarkan seramai 14 buah keluarga yang mendiami kawasan tersebut.

Bahang kepanasan mentari semakin memuncak, seolah-olah matahari berada sejengkal sahaja jaraknya dari kami. Tetapi, misi kemanusian harus diteruskan, pihak MMA & Mercy sibuk mengagihkan barang-barang keperluan harian seperti beras, minyak, gula, biskut, pakaian dan sebagainya kepada penduduk orag asli sbg keperluan semasa musim tengkujuh yang diramalkan akan melanda negeri-negeri di pantai timur pada akhir Oktober dan sepanjang bulan November.



Pihak PSP berserta Dr.Nazreen dan Dr Nazlin, dari Klinik Perdana, Kota Bharu meggunakan kesempatan ini menjalankan khidmat kesihatan kepada penduduk orang asli.Pada awalnya, kebnyakan mereka takut untuk menghampiri kami, tetapi akhirnya segala-galanya menjadi mudah. Kebanyakan mereka menhidap penyakit kulit, batuk,selesema dan mengalami masalah kutu. Pihak PSP sempat melakukan ‘Home Visit’ dan berpeluang berjumpa dan beramah nesra dengan setiap keluarga. Walaupun mereka kurang memahami bahasa melayu, tetapi berkat kesabaran dalam memberi penerangan tentang penggunaan ubat-ubatan, akhirnya perkara yg susah menjadi mudah. Setiap kanak-kanak diberikan vitamin.

Pada jam 1 tgh hari, kami mula mengundurkan diri dari perkampungan orang asli. Suasana sedih dan gembira menyelubungi perasaan kami. Sedih kerana terpaksa berpisah dan gembira kerana diberikan peluang untuk mendalami dan merasai sendiri bagaimana kehidupan mereka. Sekaligus memberi kami rasa bersyukur yang tidak terhingga terhadap nikmat kesenangan yang telah dikurniakan Tuhan. InsyaAllah....pengalaman ini adalah sebagai pembuka jalan kepada perlaksanaan next projek PSP iaitu Projek Kebajikan Orang Asli yang akan disertai sendiri oleh pelajar-pelajar sains perubatan.


October 24, 2008

Perutusan Deepavali 2008


Salam Sejahtera,Van na kam..

Tanggal 27 Oktober 2008,seluruh penganut beragama hindu bakal menyambut hari deepavali,satu pesta cahaya yang meraikan kemenangan kebaikan keatas kejahatan. Justeru, sempena hari yang penuh bermakna keatas penganut hindu ini, saya menyeru seluruh warga kampus, bersama kita tingkatkan dan memberi sokongan ke atas segala kerja-kerja kearah kebaikan.Kebelakangan ini pihak PSP sendiri bakal menganjurkan pelbagai program seperti Hari Interaksi Pelajar, Karnival Sukan kampus perubatan inter-universiti, kem kepimpinana dan pelbagai lagi program-program yang bakal menyusur, bersama kita beri sokongan terhadap program-program ini, semoga ia mampu memberi manfaat buat kita semua.

Sebagai salah satu kampus yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, bersama kita ambil kesempatan untuk saling mengenali variasi budaya seterusnya saling menghormati.Semoga perpaduan terus terpupuk,keutuhan ikatan persaudaraan sejagat terus terjalin.
Akhir kata Selamat Hari Deepavali buat seluruh warga PSP yang menganuti agama Hindu dari saya bagi pihak seluruh warga Persatuan Sains Perubatan.
Sekian,Nan dri ..

Yang Benar,

Mohamad Norhaizam bin Narawi
Yang DiPertua,
Persatuan Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan.

October 19, 2008

Pucuk Pimpinan PSP

SoRrY FoR Da KeLeWAtAn MeMpErKEnALkaN PuCuK pImPInAn pSp

YANG DIPERTUA ---> Mohd Norhaizam bin Narawi
NAIB YANG DIPERTUA 1 ---> Mohd Solehin bin Bakri
NAIB YANG DIPERTUA 2 ---> Mohamad Norhafizi bin mohd norwawi
NAIB YANG DIPERTUA 3 ---> Mohammad Fitri bin Hj Zainuddin
SETIAUSAHA 1 ---> Nurul Syuhada Johari
SETIAUSAHA 2 ---> Siti Asiah bt Abdul Halim
BENDAHARI 1 ---> Nor Syazana bt Hamizol
BENDAHARI 2 ---> Muhammad Iqbal bin hj Mukhti

EXCO-EXCO

RESEARCH & DEVELOPMENT ---> Mohd Yazid bin Zamri
KEBAJIKAN ---> Nur Zahidah bt Mahamad Aziz
EKONOMI ---> Ahmad Tajudin
AKADEMIK ---> Ahmad faiz bin azhari nor
PENERBITAN ---> Nur Izzati bt Jamaludin
TUGAS-TUGAS KHAS ---> Tuan Basyirudin Tuan Jusoh
KEROHANIAN ---> Syafiqa binti Mohd Nor
BAHASA DAN BUDAYA ---> Syuhaida bt Shuib
MEDIA ---> Nur Ain Shafiyah bt mohd Ghazali
SUKAN ---> Razzi bin Massani
JUNIOR PPIM ---> Robiatul Aidawiyah bt mohd Zaki
JUNIOR PADU ---> Shekin bt Sallehuddin
MMA & MERCY ---> Ivo Rekha Salwa
TEKNOLOGI MAKLUMAT ---> Rohayanti Rohizat
PERHUBUNGAN LUAR ---> Chew Shi Long

October 15, 2008

Feedback

Bln lepas, saya menerima aduan daripada seorang pljr yg mengatakan bhw tekanan belajar skrg amat tinggi & tiada aktiviti sukan atau rekreasi yang dijlnkn. Beliau turut memberi cdgn spy PSP mengadakan satu xtvt sukan atau rekreasi bersama medical student dr universiti laen cthnya UM, UIA, IMS dan sbgnya. Maafkn saya kerana lmbt memberi feedback.

Buat pengetahuan saudari, Hari Interaksi Pelajar telah lama dlm prncgn utk diadakan, dan akan dilaksanakan dlm masa terdekat, iaitu pd 31 okt & 1 nov, bertujuan utk membantu pljr menangani stress atau bebanan pembelajaran yg smakin memuncak. kami mengmbil inisiatif menganjurkn Hari Interaksi Pelajar ini bagi membntu pljr2 samada dari Fasa 2 mahupun Fasa 3 berhdpn dgn cbrn msg2. selain itu, melalui program ini juga, kami cuba mengmbil pndektn mengenali stressor utama yg menyebabkn tekanan dlm klgn pljr seterusnya membntu mereka menangani tekanan tersebut dengan bantuan dprd org yg berpengalaman spt pensyarah dan senior2. dengan xtvt harian yg amat padat, xtvt ini yg lebih berbentuk santai dihrpkn dpt menenangkn perasaan & jiwa yg bergolak serta minda yg kusut.

Berkenaan dengan cdgn mengadakan xtvt sukan atau rekreasi bersama medical student dr universiti laen, cdgn itu juga tlh pn berada dlm prncgn & akan diambil tndkn oleh Exco Sukan PSP pd masa yg tlh dittpkn. Jadi, sebaik shj projek itu mndpt kelulusan dan telah siap dari segi pelaksanaan, insyaAllah akan diwar-warkn kpd semua pelajar utk menyertai program tersebut.

Cdgn kedua yg saya terima pula berkenaan dengan cdgn utk mengadakan sambutan hari raya haji utk warga PSP. Buat mkluman saudara, perkara ini telah pn dibncgkn dlm mesyuarat, dan hasilnya, utk mengadakan sambutan hari raya, PSP perlu bergabung dengan persatuan laen dan tidak boleh menganjurkan smbutan hari raya di atas nama PSP sahaja. namun begitu, perkara ini akan dibncgkn lebih lnjut, dan update2 strsnya akan dipostkn di blog rasmi psp ini. terima kasih atas keprihatinan anda.

Hari Interaksi Pelajar



Saban hari, kehidupan manusia di muka bumi ini berevolusi dari tamadun silam ke era globalisasi yang semakin pesat berkembang. Kemajuan membawa manusia kepada persaingan yang semakin sengit dalam usaha memastikan mereka mampu hidup selesa sekaligus menghindarkan diri dari kehidupan yang terumbang ambing dalam arus kemodenan dunia.

Namun begitu, semakin persaingan itu wujud, semakin banyak pihak yang merasa bahang kemuncaknya. Remaja juga tidak terlepas dari dihujani tekanan pembelajaran yang semakin meruncing. Persaingan dalam bidang ilmu ini memerlukan mereka untuk sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Menuntut ilmu merupakan suatu perkara yang amat dituntut di sisi Islam, namun tuntutan itu memerlukan keazaman dan kecekalan hati yang tinggi berbekalkan tawakkal dan iringan doa. Sekiranya seseorang individu bolos dari aspek kekuatan dalaman, hal ini akan mengundang permasalahan yang besar kepada para pelajar.

Tekanan, suatu gejala yang kini amat sinonim dalam kalangan pelajar, merupakan gejala yang mengganggu gugat kestabilan dan kesihatan manusia, seterusnya menjejaskan kesejahteraan hidup dari segala aspek. Tekanan wujud apabila seseorang individu terlalu dibebani dengan sesuatu tugasan, dan tidak mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, pelajar juga sering merasa tertekan apabila tidak mampu menguasai sesuatu kemahiran atau menghadapi kesukaran dalam memahami sesuatu topik. Hal ini sedemikian kerana pelajar cenderung untuk terlalu memikirkan sesuatu masalah sehingga terbawa-bawa dengan masalah tersebut dan akhirnya menyebabkan timbulnya tekanan perasaan.

Dalam menangani tekanan emosi, seorang pelajar perlu melihat sesuatu masalah yang dihadapi secara positif. Pendekatan secara menyeluruh perlu diteliti bagi mencari punca atau akibat tekanan emosi ini dan langkah bijak perlu diambil dalam usaha menangani gejala ini. Ketabahan emosi dari aspek psikologi adalah amat perlu bagi seorang individu dalam mengatasi masalah ini.

Oleh itu, Persatuan Sains Perubatan, sebagai persatuan yang bertanggungjawab akan kebajikan setiap ahli mengambil inisiatif untuk mengadakan satu sesi interaksi dan integrasi minda. Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar akan cabaran dalam menempuh kehidupan seorang doktor dan berkongsi pengalaman bersama pensyarah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu pelajar mengenali dan menangani stess serta menyediakan ruang untuk pelajar meluahkan masalah yang dihadapi. Program ini juga diadakan untuk memupuk semangat kental dalam diri pelajar selain mengadakan perbincangan terbuka antara pelajar dan pensyarah. Para pelajar diberikan peluang untuk bertukar buah fikiran bersama para pensyarah dan pelajar-pelajar senior serta berkongsi pengalaman sekaligus memberi jalan penyelesaian kepada kebuntuan yang menghuni minda pelajar.


Semua pelajar perubatan dari Tahun 1 hingga Tahun 5 dijemput untuk untuk menghadiri kempen hidup sihat tanpa stress ini. Relax kan diri dan minda dari kesibukan akademik seketika dan ambil peluang ini dengan mengisi hujung minggu anda dengan aktiviti santai yang dapat membantu anda menjadi seorang yang lebih baik.


Agenda : HARI INTERAKSI PELAJAR

Tarikh : 31 Oktober – 1 November 2008

Masa : 9.00am – 11.00am

Tempat : Dewan Nurani, USM Kampus Kesihatan

Tema : INTEGRASI MINDA MENJANA GENERASI BERKUALITI


Cadangan / Aduan Anda

Bagaimanakah caranya untuk menyuarakan sebarang cadangan atau aduan kepada pihak yang betul untuk diambil tindakan? Jika anda prihatin akan kewujudan Persatuan Sains Perubatan dan blog persatuan ini, jawapannya ada di sini.
Pihak kebajikan telah memikirkan inisiatif baru dalam menangani permasalahan rata-rata pelajar masa ini. Salah satu pendekatan yang telah digunakan sekian lama adalah melalui kotak cadangan atau aduan yang diletakkan di setiap dewan kuliah. Mana-mana pelajar yang mempunyai sebarang aduan atau cadangan dikehendaki untuk mengisi borang aduan / cadangan kemudian memasukkan borang tersebut ke dalam kotak aduan / cadangan. Namun, pihak kebajikan memohon jutaan kemaafan kerana sering kali mengabaikan kotak tersebut atas kelemahan diri sendiri. Oleh itu, untuk mengatasi masalah tersebut dalam kemelut masa yang sentiasa menduga, satu pendekatan baru akan diperkenalkan dengan menggunakan kemudahan dunia tanpa sempadan kini.
Sejajar dengan era globalisasi masa ini, zaman juga telah mengalami peralihan dengan kemajuan teknologi. Jadi, sehubungan dengan itu, ada cara lebih mudah untuk menyuarakan sebarang cadangan atau aduan. Dengan wujudnya blog ini, banyak kebaikan dan kemudahan dapat dimanfaatkan oleh pelajar. Untuk kita sama-sama memanfaatkan blog ini, semua ahli dialu-alukan untuk berkongsi cadangan atau aduan di blog PSP ini. Selain tindakan daripada pihak kebajikan, exco-exco yang terlibat juga boleh menyuarakan pendapat masing-masing. Walaupun aduan / cadangan boleh dibuat di blog ini, kotak aduan / cadangan tetap akan berfungsi seperti biasa. Ajk kebajikan akan mengutip mana-mana aduan / cadangan yang telah diutarakan. Segala kerjasama dan perhatian semua didahului dengan jutaan terima kasih.
EXCO KEBAJIKAN PSP
Coming soon …
HARI INTERAKSI PELAJAR

September 21, 2008

Perutusan Aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran saya rafakkan padaNya diberi peluang untuk masih menghirup nikmat udara di hari-hari terakhir ramadhan.Sebulan berada dalam universiti ramadhan yang mana segala peraturan diprogram oleh Pencipta sendiri, inilah sistem pendidikan yang terbaik, yang paling cocok dengan fitrah manusia.Didikan bagi mendidik jiwa-jiwa yang kian mati.Namun biarlah latihan yang kita terima sebulan ini mampu memberi perubahan dalam diri kita,semoga kita terus istiqamah dengan amalan- amalan walaupun setelah menjejakkan kaki keluar dari universiti ramadhan ini.Moga hasil didikan universiti ini walaupun sebulan Cuma,mampu kita jadikan bekalan untuk mengharungi 11 bulan yang penuh liku akan datang.Insyaallah..Bersama kita manfaatkan 10 malam terakhir ini,mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang diberi peluang menemui lailatulqadarNya.

Kini,1 syawal bakal menjelang.Segenap kampus berbicara soal raya dan bercuti.Namun dalam hiruk pikuk ini,suka untu saya ingatkan agar tidak terabai apa yang lebih penting..akademik,ibadah di malam terakhir ramadhan serta pilihan raya kampus yang kian menjelang. Selaku pimpinan persatuan ini,ingin saya ambil peluang ini untuk mengajak seluruh mahasiswa agar lebih bijak dalam memilih pimpinan utama kampus,pilihlah yang boleh menjadi suara mahasiswa,yang mampu menjadi penghubung yang baik antara mahasiswa dengan pimpinan kampus.Gunakan hak memilih sebaik mugkin.

Sempena 1 syawal yang bakal menjelang,saya mewakili seluruh jawatankuasa persatuan berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf dipohon andai terdapat sebarang kepincangan sepanjang kami menerajui persatuan hampir dua bulan ini,sokongan,pandangan dan suara mahasiswa sekalian amat kami alu-alukan.Semoga sambutan hari kemenangan kali ini betul-betul merupakan kemenangan bermakna buat kita.Selamat bercuti juga buat seluruh warga kampus,manfaatkan masa-masa cuti yang ada untuk bersama mengukuhkan kefahaman terhadap apa yang dah dipelajari. Sekali lagi,Selamat Menyambut Hari Kemenangan 1 Syawal dan Selamat Bercuti.



………………………….

Mohd Norhaizam bin Narawi,
Yang diPertua,
Persatuan Sains Perubatan,
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia.

September 20, 2008

Cuti 2 Tahun Tanpa Penalti

Pelajar perubatan dan stress memang tidak dapat dipisahkan. Sudah menjadi lumrah, sekiranya ingin menceburi bidang ini hendaklah bersedia dari segi fizikal dan terutama sekali mental untuk bergelar seorang DOKTOR satu hari nanti.
Terlalu banyak perkara yang perlu dikuasai dalam masa yang singkat menyebabkan timbul la symptom2 stress, depression dan sebagainya, disebabkan itu ramai yang mengambil jalan mudah untuk terus keluar dari medical school.. Berikutn itu,pihak exco kebajikan PSP mengambil peluang untu berbincang dengan dekan PSP,prof aziz Baba..Hasil perbincagan tersebut,dekan minta untuk diwar-warkan bahawa, pihak akademik PPSP menawarkan cuti dengan kebenaran selama 2 tahun tanpa penalti, namun untuk mendapat kelulusan tersebut, perlu terlebih dahulu mendapat surat perakuan daripada Dr Psychiatric.
Apa yang dimaksudkan dengan cuti 2 tahun tanpa penalti ini?? Seperti yang kita tahu, kita semua boleh berada di pusat pengajian ini semaksimanya 7 tahun. Dengan adanya cuti 2 tahun tanpa penalti ini 2 tahun ini tidak akan dikira dalam tempoh 7 tahun tersebut...apabila kita kembali belajar setelah bercuti barulah dikira dalam tempoh 7 tahun tersebut...ok harap semua paham... :)
Keputusan untuk terus meninggalkan medical school bukanlah satu-satunya jalan yang ada..Mungkin masa 2 tahun boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tenangkan fikiran dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan serta berfikir secara rasional keputusan yang perlu diambil... tetapi sekiranya menukar kos adalah keputusan yang dapat mencerminkan masa depan yang lebih cerah bolehla memohon penukaran kos pada sekitar bulan 12...
Sekian, harap maklum..

September 17, 2008

Majlis Khatam Al-Quran


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BAGI MENGIMARAHKAN PROGRAM INI

September 15, 2008

Ziarah Pesakit

Buat pengetahuan semua, Persatuan Sains Perubatan ada menganjurkan satu program bersempena Ramadhan iaitu ZIARAH PESAKIT. Program ziarah pesakit ini bermulanya pada 9/9/08 dan akan diteruskan sehingga 25/9/08.

Program ini melibatkan semua ahli psp yang berminat untuk menjadi sukarelawan dan juga usahasama dari pihak Hospital Universiti Sains Malaysia sendiri. Sumbangan yang diberikan kepada pesakit seperti buah kurma, semuanya pihak hospital yang menghulurkan sumbangan. Sukarelawan ditugaskan datang menziarahi pesakit dan menyampaikan sumbangan tersebut. Terdapat juga aktiviti lain yang dijalankan bersama sukarelawan seperti Solat Asar bersama pesakit.

Bagi memudahkan perjalanan program ini, sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bertugas di ward yang berlainan pada hari yang berlainan seperti yang telah dijadualkan. Pihak hospital juga ada menyediakan wakil bagi setiap wad untuk program ini bagi membantu sukarelawan menjalankan tanggungjawab mereka.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak hospital kerana sudi menjayakan program ini bersama persatuan kami dan tidak lupa juga kepada para sukarelawan yang banyak berkorban dan menghulurkan bantuan dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha anda semua diberkati oleh Allah S.W.T

Program seperti ini seharusnya terus dijalankan pada masa hadapan. Dengan adanya program seperti ini, kita dapatlah merapatkan ukhwah antara kita dan pesakit sebagai sesama saudara bukan sebagai pesakit dan doktor pelatih seperti kebiasaannya.

September 09, 2008

Perutusan Ramadhan Daripada Yang DiPertua Persatuan Sains Perubatan

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan padaNya kerana dengan limpah dan inayahNya,kita semua masih dikurniakan nikmat iman dan islam pada ramadhan ini.Ramadhan..satu bulan yang penuh barakah,bulan yang dinanti-nanti oleh umat yang beriman.Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang menanti-nanti kehadiran ramadhan.Menanti untuk mengambil kesempatan atas barakahnya untuk kita tingkatkan amalan kita,asah kembali iman yang kian tumpul seterusnya menggilap kembali azam yang kian pudar.

Usah kita jadikan ibadah puasa,sebagai alas an untuk kita hilang fokus pada hal-hal akademik..dan jangan pula jadikan kesibukan kelas dan urusan-urusan akademik sebagai alas an untuk kita abaikan tanggungjawab sebagai muslim.Muslim yang hebat adalah muslim yang mampu menyeimbangkan antara hal-hal dunia dan akhirat.Justeru,ayuh sama-sama jadikan ramadhan kali ini sebagai titik tolak untuk kita tingkatkan azam,kuatkan tekad, lipat gandakan amalan,mudah-mudahan ramadhan ini betul-betul menjadikan kita produk USM yang bertaraf antarabangsa sesuai dengan USM yang dipilih sebagai universiti APEX baru-baru ini..

Akhir kata,di kesempatan ini,saya mewakili seluruh jawatankuasa Persatuan Sains Perubatan sesi 2008/2009 memohon seluruh ahli-ahli persatuan agar memberi sokongan padu buat jawatankuasa kali ini,segala komen dan cadangan untuk kecemerlangan persatuan amat kami harapkan.Kami juga ingin merakamkan Selamat Mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak.Bersama kita jadikan ramadhan kali ini sebagai bulan untuk kita asah kembali iman kita sebagai bekalan untuk 11 bulan berikutnya.Tidak lupa, ucapan Selamat berjaya buat adik-adik tahun satu yg bakal menduduki Selanjar Satu tidak lama lagi.Doa kami sentiasa mengiringi kejayaan kalian.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,
………………...
Mohd Norhaizam bin Narawi,
Yang DiPertua Persatuan Sains Perubatan

September 05, 2008

Ramadhan


Salam

Kepada semua pelajar Muslim selamat berpuase diucapkan....gunakanlah peluang sebaik-baiknya beramal dan beribadah di bulan baik ini...
Rebutlah peluang di malam LAILATUL QADAR...

September 04, 2008

USM ----> UNIVERSITI APEX PERTAMA

Petikan berita harian, Thursday 4 September 2008

USM dipilih Universiti Apex pertama

PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai Universiti Apex pertama, mengetepikan beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk universiti tertua negara, Universiti Malaya (UM). Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) selepas mendapati USM memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkannya berkata, USM mengatasi universiti saingan lain berdasarkan tiga kriteria iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.

"Penilaian yang kita gunakan untuk memilih USM adalah berasaskan sudut kuantitatif dan kualitatif yang masing-masing bersandarkan kepada tahap kesediaan untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik," katanya pada sidang media di kementeriannya, semalam. Hadir sama, kedua-dua Timbalannya, Datuk Idris Haron dan Datuk Dr Hou Kok Chung. Selain USM dan UM, lima lagi institusi pengajian tinggi awam yang mengemukakan permohonan untuk menjadi Universiti Apex adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dua institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), turut mengemukakan permohonan. Universiti Apex akan diberi autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.
Mohamed Khaled berkata, sepanjang tempoh pemilihan sebagai Universiti Apex, USM perlu berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020. "Kita perlu lihat dan menilai pencapaian USM dengan kertas cadangannya bertema 'Perubahan Pengajian Tinggi Untuk Kestabilan Hari Esok'. Dalam tempoh berkenaan dan selepas itu barulah keputusan akan dibuat sama ada perlu pemilihan Universiti Apex lain atau tidak," katanya. Ditanya kenapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata, pemilihan bukan berdasarkan usia tetapi keupayaan membawa perubahan dalam sistem pendidikan tinggi sehingga mencapai tahap dunia. "Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain dipinggirkan, sebaliknya akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia," katanya.

Mengenai aspek pembiayaan, Mohamed Khaled berkata, perkara itu akan dimasukkan dalam setiap bajet tahunan yang akan diumumkan kerajaan dalam merangka pelan transformasi selama lima tahun. Sementara itu, Timbalan Pendaftar USM, Mohamad Abdullah, dalam kenyataannya berkata pemilihan universiti itu sebagai Universiti Apex akan menjadi pendorong utama untuk memartabatkan pengajian tinggi ke peringkat dunia. Beliau berkata, USM mahu melonjakkan usaha mentransformasikan pengajian tinggi bagi mewujudkan dunia yang sejahtera berteraskan pembangunan lestari. "USM menjadi pusat kepakaran serantau bagi pendidikan lestari dengan adanya Pusat Latihan Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 2005. Ini adalah pengiktirafan yang besar kepada USM dan ia kejayaan seluruh warga kampus, apalagi dalam sambutan 40 tahun universiti," katanya.

Jadi kita sebagai pelajar USM tentunya merasa bangga dengan pencapaian ini...namun harus diingat tugas kita masih panjang lagi...marilah bersama-sama berusaha dan berdoa bagi merealisasikan impian ini ok... :)
  • Sepanjang tempoh pemilihan APEX, Usm perlu berada diantara 100 universiti terbaik dunia
  • 50 universiti terbaik dunia pada tahun 2020














Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ( Menteri Pengajian Tinggi )ketika mengumumkan Universiti Sains Malaysia dipilih sebagai universiti Apex di kementeriannya di Putrajaya.














Di saat pengumuman dan penyerahan USM universiti apex pertama.

check it out ------> berita harian , utusan malaysia , the star , new straits time

July 10, 2008

Surat Kepada BHEPP - Aduan Berhubung Isu Penginapan

Rujukan : PSP07/08.YDP.Surat/08
Tarikh : 10 Jun 2008

Assalaamualaikum,

Kepada,
Encik Hafiz Assad bin Zakaria
Penolong Pendaftar Kanan,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Kampus Kesihatan,Univesiti Sains Malaysia.

Tuan,
Aduan Berhubung Isu Penempatan
Merujuk kepada perkara diatas, pihak Persatuan Sains Perubatan ingin menyampaikan beberapa aduan yang telah kami terima daripada ahli kami berhubung masalah penginapan untuk pertimbangan pihak tuan.

2. Pihak persatuan sedar akan usaha pihak HEP untuk memastikajn kebajikan warga kampus dijaga semaksimum mungkin. Namun begitu, pihak persatuan telah menerima banyak aduan daripada warga kampus terutama daripada siswa/i perubatan berhubung dengan isu penempatan.

3. Berikut adalah masalah/aduan yang dikenal pasti:
a) Tidak mengikut sistem merit secara sepenuhnyai) Terdapat segelintir pelajar yang tidak berpuas hati kerana diberikan penempatan di UPPU kerana mereka mempunyai markah merit yang tinggi

b) Status siswa/i mengulang tahun 1. Walaupun sebelum ini pihak pengurusan universiti telah mengesahkan yang mereka akan dikira sebagai tahun 1 yang baru dari sudut mendapat jaminan untuk menginap di desa (sebagaimana tuntuatan PSP dalam memorendum yang dihantar sebelum ini), namun apa yang menyedihkan ada di antara mereka tidak diterima untuk tinggal di dalam kampus

c) Tidak dimaklumkan lebih awal kepada mereka yang tidak mendapat tempat di desa untuk memastikan mereka betul-betul bersedia sebelum mereka datang ke kampus. Maklumat daripada lamanweb healthycampus tidak tepat. Ada yang mendakwa sebelum ini nama mereka diterima untuk menginap didesa, tetapi sekarang mereka terpaksa berada di luar

d) Tiada transperensi (ketelusan) dalam pemilihan desasiswa. Ada dikalangan ahli kami yang melahirkan rasa kurang senang apabila pihak pengurusan universiti tidak mengeluarkan maklumat lengkap berhubung merit semua siswa/i.

e) Masalah khusus desa UPPU
i) Tiada privasi. Katil-katil hanya dibatasi dengan dinding setinggi lebih kurang 1 meter sahaja
ii) Masih belum siap sepenuhnya. Kerja-kerja pembaikan desa UPPU sedikit sebanyak mengganggu keselesaan siswa/i yang menginap di sana selain masalah keselamatan barang-barang mereka yang tidak terjamin dengan kehadiran pekerja-pekerja berkenaan.
iii) Masalah ruangan yang sempit.
iv) Faktor keselamatan. Keselamatan dari sudut harta benda mahupun keselamatan diri mereka sendir.
v) Keselesaan untuk belajarMasalah bising kerana berdekatan dengan jalan raya. Siswa mengadu tidak dapat belajar dan tidur lena kerana terdapat mat-mat rempit merempit hingga ke pagi.Bilik study yang tidak selesa. Antara lainnya kerana sistem pengudaraannya yang kurang baik.
vi) Tiada tempat untuk solat. Mereka yang tiggal di UPPU terpaksa berjalan jauh mengambil risiko untuk melintas jalan untuk ke Masjid Hospital setiap kali ingin menunaikan solat.

f) Siswa/i perubatan tahun 4 dan 5 ditempatkan di bilik 4 orang. Belum pernah dalam sejarah kampus sejahtera perkara ini berlaku. Keselesaan siswa/i fasa klinikal perlu diutamakan kerana ia merupakan fasa yang kritikal yang memerlukan tumpuan sepenuhnya kepada akademik

4. Dengan ini, kami mengharapkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kebajikan siswa/i kami dapat dipelihara sebaik yang mungkin.

Kerjasama daripada pihak tuan, kami dahulukan dengan lafaz jazakallahu khairal jaza’.

“Kami Memimpin”

“Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara”

Yang benar,


____________________

(Muhd Al-Aarifin bin Ismail)
Yang di Pertua,
Persatuan Sains Perubatan,
Univerisiti Sains Malaysia.
0179743297
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com

Sk : Fail SU1

June 05, 2008

Maklum Balas BHEPP Terhadap 11 Tuntutan PSP Berhubung dengan Isu Penginapan

Untuk makluman semua, pada 3 Jun (Selasa) lepas, Pihak HEP & desa telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan kampus. PSP telah diwakili oleh YDP dan exco kebajikan. Agenda utama adalah berhubung dengan isu penginapan. Mesyuarat yang turut dihadiri Tuan Haji Yusof, En. Hafiz & Penggawa adalah bertujuan untuk menjawab tuntutan-tuntutan PSP, MPP mahupun persatuan2 yang lain.

Seperti yang sedia maklum pihak PSP sendiri telah menghantar memorendum setebal 6 muka surat kepada HEP menuntut beberapa perkara (rujuk dibawah). Secara umumnya pihak HEP telah menerima beberapa tuntutan PSP dalam memorendum tersebut, ada juga yang ditolak atas sebab-sebab tertentu. Berikut adalah maklum balas daripada pihak HEP berkenaan dengan 11 tuntutan tersebut (rujuk memorendum dibawah).

1. Perkara ini mustahil kerana keadaan semasa yang menunjukkan student melebihi kapasiti yang boleh ditanggung desa. Berkenaan dengan tuntutan untuk siswa/i undergrade mengisi kekosongan di blok2 siswazah/postgrade. Perkara ini tidak timbul kerana tiada kekosongan di blok2 terbabit, malah ia dikatakan tidak mencukupi untuk postgrade sendiri.

2. HEP akan sediakan 6 buah rumah staf yang kosong di Pasir Tumbuh (penginapan secara berpusat). Satu rumah dapat memuatkan 10 org student. HEP akan berusaha memastikan yang kebajikan mereka yang berada disana dijaga. Contohnya berkenaan dengan pengangkutan, pihak HEP mungkin akan menyediakan pengangkutan bas. Tetapi ia bergantung kepada perubahan. Perlu diingatkan bahawa, selepas diisi semua rumah tersebut, akan ada lagi siswa/i yang terpaksa mencari rumah sendiri. Untuk makluman, bangunan yang disewa diatas kedai ten-ten dianggap sebagai desasiswa yang baru. Oleh yang demikian, semua desasiswa ada 4 - Murni, Nurani, Blok B dan desa ten-ten.

3. Pihak UPPU (BHEPP) akan mengeluarkan senarai akhir siapa yang dapat menginap di desa & siapa yang tidak dapat pada 13 Jun. Pada tarikh ini HEP akan hantar senarai nama tersebut kepada pihak bendahari untuk tujuan pembayaan yuran desasiswa (kepada mereka yang dapat).
Peranan PSP – Mendapatkan senarai nama tersebut & memaklumkan kepada semua ahli PSP yang tak dapat tempat didesa seawal yang mungkin untuk mereka sempat mencari tempat untuk mereka menginap pada sesi yang akan datang.

4. Tuntutan ini tidak diterima atas alasan tarikh tutup untuk perkara tersebut telah lama ditutup. Walaubagaimanapun pihak HEP masih membuka ruang untuk siswa/i membuat rayuan. Sebelum 9 Jun surat rayuan hendaklah dihantar kepada BHEPP. Contoh surat ada di masukkan dalam blog entry dibawah.

5. Siswa/i yang mengulang tahun 1 akan dianggap sebagai tahun 1 (walaupun batch tahun 2). Dan keistimewaan untuk semua tahun 1 berada di desa juga akan diterima mereka dengan syarat mereka membuat permohonan.

6. Perkara ini tak diterima dengan alasan pihak kampus induk sendiri tak lakukan hebahan melalui cara tersebut.
Peranan PSP – kita sendiri akan melakukan hebahan terbut samaada melalui surat atau SMS selepas senarai tersebut dikeluarkan UPPU.

7. Pihak HEP akan membuat perancangan tehadap perkara ini kemudian.
Peranan PSP – Pastikan perkara ini benar-benar direalisasikan.

8. HEP mengakui terdapat banyak kelemahan tehadap sistem yang diguna pakai skarang. HEP akan lakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

9. Secara umumnya cadangan ini ditolak dengan alasan program dibawah PPSP adalah bersifat akademik yang wajid di lakukan oleh semua siswa/i PPSP. Tapi ia masih boleh dipertimbangkan jika setiap program yg dilakukan dirujuk HEP untuk bincang statusnya samaada boleh dikira mata merit @ tidak.
Peranan PSP – Berbincang dengan pengarah kampus untuk terus perjuangkan isu ini jika relevan.

10. Perkara ini telah disahkan oleh mesyuarat pengarah kampus. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian. Perlu diingatkan yang siswa/i tahun 4 & 5 walaupun di beri keistimewaan, namun mereka juga diwajibkan untuk memohon (untuk tempat di desa). Jika tidak memohon, secara automatiknya dianggap tidak berminat.
Peranan PSP – Mengesahkan perkara ini dengan merujuk minit meyuarat tersebut dah menghebah-hebahkan dalam edaran PSP.

11. Perkara ini melibatkan rancangan malaysia ke-9. Dimaklumkan yang semua tuntutan untuk membina bangunan penginapan siswa/i oleh semua universiti di dalam negara tidak diterima EPU (unit perancang ekonomi negara). Namun ia kemudiannya diterima tetapi peruntukan untuknya tidak ditambah. Maksudnya jika USM ingin membina desasiwa yang baru, USM terpaksa mengambil peruntukan yang diberikan untuk tujuan yang lain. Satu lagi permohonan USM untuk mendapatkan tanah di seberang sungai (belakang padang gof) telah diluluskan EPU (unit perancang ekonomi negara).

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan isu penginapan boleh terus berhubung dengan YDP atau exco kebajikan PSP.

"Kebajkan Terjaga, Akademik Terpelihara"

Yang di Pertua
Persatuan Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia
0179743297
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com

Isu Penginapan!

Untuk pengetahun semua, baru-baru ini kami pimpinan persatuan & MPP bermesyuarat dengan HEP. Agenda utama adalah berkaitan dengan isu penginapan. Banyak perkara yang dibincangkan, cuma apa yang paling penting yang memerlukan tindakan segera adalah kepada sesiapa yang GAGAL mendapat tempat didesa untuk sesi akan datang (setelah disemak dalam website healthycampus), sahabat2 semua masih mempunyai harapan. Apa yang perlu dibuat adalah hantar SURAT RAYUAN SECARA PERIBADI kepada pihak HEP dengan kadar yang segera. Kalau boleh serahkan bersama bukti-bukti (sama ada berbentuk sijil, surat sokongan dan sebagainya) jika perlu. Kalau takdepun tak apa, yang penting hantar dulu. Hantar kepada HEP SEBELUM @ PADA 9 Jun 2008.

Senarai akhir akan dibuat sebelum ianya dihantar ke pihak bendahari pada 13 Jun 2008 (untuk urusan yuran & sebagainya). Kalau perlukan sokongan pimpinan persatuan, bagitahu kami. InsyaAllah kalau perlu kami boleh buat surat sokongan menyatakan yang anda terlibat dengan mana2 program @ persatuandalam kampus, dapatkan pengesahan daripada penasihat persatuan (untuk dikepilkan sekali dengan surat rayuan anda). Apa yang penting sekarang, pastikan sahabat2 yang tak dapat menginap didesa tahu akan perkara ni. Sebar2kan!.

-YDP

June 04, 2008

Contoh Surat Rayuan Memohon Tempat di Desasiswa

Tarikh : 7 Jun 2008

Kepada,
Encik Hafiz Assad bin Zakaria
Penolong Pendaftar Kanan,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Univesiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150, Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan.

Tuan,
Rayuan Untuk Mendapat Tempat di Desasiswa Murni Nurani

Merujuk kepada perkara diatas saya Muhd Al-Aarifin Bin Ismail (79798), pelajar tahun 4, Pusat Pengajian Sains Perubatan, ingin membuat rayuan untuk mendapatkan tempat di desasiswa Murni Nurani untuk sidang 2008/09.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, sebelum ini saya telah memohon (atau tidak memohon kerana..) melalui website healthycampus untuk tinggal di desasiswa, namun permohonan saya telah ditolak.

3. Saya sangat berharap supaya tuan mempertimbangkan permohonan saya ini memandangkan saya .....(sesuaikan dengan diri masing-masing)

4. Sekali lagi saya merayu agar pihak tuan mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala kerjasama daripada tuan, saya ucapkan ribuan terima kasih.

“Kami Memimpin”


Yang benar,


____________________

(Muhd Al-Aarifin Bin Ismail)
Pelajar tahun 4,
Pusat Pengajian Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan.
al_aarifin@yahoo.com
017–9743297

May 26, 2008

Memorendum PSP kepada BHEPP - Beberapa Tuntutan Berhubung Isu Penempatan

Memorandum

PERSATUAN SAINS PERUBATAN

Tarikh : 22 Mei 2008
Rujukan kami : PSP 07/08.YDP.Memo1
Rujukan tuan :


Assalaamualaikum

Kepada,
Encik Hafiz Assad bin Zakaria
Penolong Pendaftar Kanan,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Univesiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan,
16150, Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan.

Tuan,
Beberapa Tuntutan Berhubung Isu Penempatan

Seperti yang sedia maklum, pada sesi hadapan (2008/09) akan terdapat siswa/i kampus kesihatan yang terpaksa berada berada di luar kampus. Pihak kami dimaklumkan yang perkara ini ini berlaku adalah ekoran daripada beberapa sebab, antara lainnya adalah kerana pada sesi akan datang, kampus kita akan menerima kemasukan siswa/i tahun akhir Pusat Pengajian Farmasi yang dahulunya berada di induk.

Kita memahami maksud kenapa pihak pengurusan desasiswa terpaksa menolak permohonan sebahagian siswa/i untuk terus berada di dalam kampus. Perkara ini tak dapat dielakkan lagi ekoran bilangan siswa/i yang berada di kampus ini semakin bertambah melebihi kapasiti yang boleh di terima oleh desa Murni mahupun Nurani.

Walaubagaimanapun pihak Persatuan Sains Perubatan ingin mendapatkan penjelasan atau pertimbangan daripada pihak Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar terhadap beberapa isu yang pada kami kurang jelas yang berkait rapat dengan isu penempatan ini.

Kita memahami hakikat pertambahan bilangan siswa/i di kampus kesihatan, namun pihak kami di maklumkan yang pertambahan tersebut kebanyakannya adalah daripada Pusat Pengajian Kesihatan. Untuk makluman pihak tuan, ada di kalangan ahli persatuan kami yang seolah-olah melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pihak universiti meminggirkan kepentingan mereka yang telah lama berada di kampus ini. Walaupun ia bukanlah suara majoriti ahli persatuan kami, namun ia seharusnya tidak dipandang sepi oleh pihak universiti.

Untuk pengetahuan tuan, pihak pimpinan Persatuan Sains Perubatan telah membuat mesyuarat khusus bagi membincangkan tentang kebajikan ahli kami terutamanya melibatkan isu penginapan ini. Kami diberitahu yang terdapat ramai ahli kami yang terpaksa berada di luar pada sesi yang akan datang. Berikut adalah beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat bekenaan yang memerlukan perhatian daripada pihak tuan :

Masalah yang timbul

1- Isu penempatan telah di perkatakan oleh pihak universiti sejak beberapa tahun yang lepas. Bahkan hebahan tentang isu secara rasmi telah di buat kepada semua siswa/i sejak beberapa bulan yang lepas. Namun sistem pengurusan terhadap isu ini dilihat sebagai tidak konsisten dan tidak sistematik. Sebagai contoh suatu ketika terdapat arahan yang meminta supaya siswa/i mengisi borang secara online. Selepas itu pula di keluarkan arahan supaya semua penghuni Nurani menghantar resumne masing-masing. Akhirnya pihak kami di maklumkan yang semua itu tak dikira untuk mata merit yang sebenarnya. Pada sudut yang lain ramai yang mempertikaikan sistem mata merit yang dilakukan. Terdapat kes di mana ahli kami dilihat oleh masyarakat kampus sebagai siswa/i yang aktif, namun apa yang menyedihkan mata meritnya “kosong”. Sebelum ini pihak kami pernah menghantar surat sokongan bagi mengesahkan penglibatan ahli-ahli kami yang terlibat dengan persatuan mahupun program-program kampus, namun apa yang menyedihkan, kami di aklumkan yang ianya tidak di layan pihak tuan. Kami kurang mengerti apa sebabnya perkara ini boleh berlaku.

2- Sehingga sekarang (tarikh memorandum ini di tulis) tiada senarai akhir siapa yang dapat tempat dan siapa yang tidak dapat tempat untuk terus berada di desasiswa. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana isu ini telah lama di perbincangkan. Pihak kami di maklumkan yang pihak BHEPP akan memberitahu samaada seseorang siswa/i itu mendapat tempat dalam desa atau tidak hanya melalui internet/ website universiti (healthycampus). Namun bagi kami, sistem hebahan melalui internet/ website kurang praktikal kerana ada dikalangan ahli kami yang tak dapat akses kepada internet terutama bagi mereka (yang sedang bercuti) yang tinggal di kawasan pedalaman. Bayangkan jika siswa/i yang tidak tersenarai untuk berada di dalam desa tidak mengetahui perkara tersebut sehingga mereka datang untuk meneruskan pengajian mereka pada sesi yang akan datang. Tentu sukar bagi mereka untuk mencari penginapan mereka sendiri. Dari sudut lain, jika pihak BHEPP hanya menggunakan sistem hebahan melalui website, ia akan menyukarkan kami untuk membuat perancangan bagi membela kebajikan ahli-ahli kami yang berada di luar nanti.

3- Kesan yang akan terpaksa dihadapi oleh siswa/i yang berada diluar tentunya telah sedia maklum oleh pihak tuan. Dan aspek yang paling penting adalah aspek kebajikan. Kebajikan mereka yang berada di luar tentunya akan kurang terjaga. Antara masalah-masalah yang timbul adalah:
a. Masalah kewangan. Kos penginapan ketika berada diluar adalah lebih tinggi berbanding kos berada di desa.
b. Jarak yang jauh dari kampus. Masalah ini berhubung kait dengan masalah kos pengangkutan, akademik dan lain-lain.
c. Akses kepada Internet. Kemungkinan besar untuk siswa/i tidak dapat akses kepada internet yang menjadi antara rujukan utama siswa/i. Perkara ini juga melibatkan isu akademik siswa/i.
d. Masalah sosial. Siswa/i akan lebih terdedah dengan masalah sosial apabila berada di luar.
e. Masalah keselamatan. Siswa/i yang berada di luar tentunya akan terdedah dengan masalah keselamatan sama ada keselatan diri mahupun keselamatan harta benda mereka.

4- Masalah akademik
Pihak universiti seharusnya memikirkan kesan jangka panjang yang akan dialami terutama kepada siswa/i dari Pusat Pengajian Sains Perubatan. Keputusan peperiksaan fasa satu lepas yang telah mengejutkan ramai pihak seharusnya dilihat sebagai masalah yang serius oleh pihak universiti. Pihak kami bimbang disebabkan pihak universiti menempatkan siswa/i perubatan di luar kampus ia akan menyebabkan prestasiu akademik siswa/i perubatan akan terus merosot. Perkara ini harus dilihat dari sudut realiti sebagai seorang pelajar perubatan. Selama ini siswa/i perubatan dihantui dengan pelbagai masalah, antaranya bilangan pelajar yang semakin bertambah ramai, kemudahan pembelajaran yang semakin terhad dan banyak isu lain lagi. Sekarang mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan baru iaitu tekanan kerana berada di luar kampus.

5- Seperti yang pihak tuan sedia maklum, selama ini siswa/i perubatan banyak terlibat dengan program-program di bawah Pusat Pengajian sebagai contoh program CFCS, program Big Sib, program PPIP, ko-kurikulum dan sebagainya. Secara umumnya program-program tersebut juga memberi sumbangan kepada universiti. Sebagai contoh program CFCS, umum mengetahui yang USM mendapat nama melaluinya.

6- Selama ini berita yang mengatakan siswa/i Pusat Pengajian Sains Perubatan tahun 4 dan 5 dijamin tempatnya dalam desa. Namun sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak universiti mengesahkan perkara tersebut. Perkara ini adalah penting terutamanya untuk jangka masa panjang.

7- Kami mendapat maklumat yang pihak universiti merancang untuk membina bangunan baru yang akan digunakan sebagai pusat mahasiswa yang baru. Persoalan yang timbul sekarang adalah, apakah pembinaan pusat tersebut lebih merupakan suatu yang lebih utama daripada pembinaan desasiswa yang baru?. Pada pandangan kami pembinaan bangunan desasiswalah yang perlu diutamakan berbanding pusat mahasiswa tersebut. Kerana jika diperhatikan, tampa adanya pusat mahasiswa yang baru, persatuan-persatuan mahupun program-program kampus tidaklah tergendala. Tetapi tampa desasiswa yang baru, ramai siswa/i yang menerima kesan secara langsung.


Merujuk kepada beberapa isu atau masalah yang telah disenaraikan diatas,
Kami Persatuan Sains Perubatan dengan ini memohon supaya pihak Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar :

1- Memikirkan cara supaya semua siswa/i semua perubatan berada di desasiswa (jika ada kemungkinan). Jika sekiranya perkara ini mustahil, diharapkan agar pihak desa dapat berusaha untuk menyediakan tempat penginapan secara berpusat kepada mereka yang terpaksa berada di luar. Tempat penginapan secara berpusat adalah penting untuk memudahkan kebajikan mereka dipelihara.

2- Mengisi kekosongan bilik di blok-blok yang di peruntukkan untuk pelajar postgradute dengan siswa/i perubatan. Pihak kami difaham yang terdapat banyak lagi kekosongan bilik di blok-blok postgradute. Jika benar perkara ini, kami mengharapkan agar pihak universiti memperuntukkan bilik-bilik berkenaan kepada siswa/i perubatan untuk tinggal disana.

3- Mengeluarkan senarai nama siswa/i yang dapat tinggal di desa dan yang tidak dapat tinggal di desa dengan kadar yang segera. Kami mengharapkan agar pihak BHEPP mengeluarkan senarai berkenaan selewat-lewatnya 3 minggu sebelum tarikh buka sesi baru. Perkara ini penting terutamanya bagi pihak Persatuan membuat persediaan untuk menjaga kebajikan ahli kami yang berada di luar.

4- Mempertimbangkan kembali status ahli kami yang terlibat dengan persatuan, mahupun program-program kampus. Perkara ini sangat penting bagi memastikan pengorbanan mereka selama ini kepada kampus tidak di ketepikan oleh universiti.

5- Memberi keistimeweaan kepada ahli kami yang mengulang tahun satu. Walaupun dari segi umur, mereka adalah tahun dua, namun disebabkan mereka mengulang, mereka akan berada ditahun satu untuk sesi yang akan datang. Oleh yang demikian, pihak universiti seharusnya menganggap yang mereka yang mengulang tahun satu sama seperti tahun satu yang baru dari segi keutamaan kepada mereka untuk terus berada di desasiswa. Perkara ini sangat penting kerana ia akan memberi kesan secara langsung kepada prestasi akademik mereka. Mereka yang telah terbeban dengan masalah akademik seharusnya tidak dibebankan lagi dengan tekanan untuk berada di luar.

6- Memaklumkan kepada semua siswa/i yang tidak dapat tinggal di desa dengan cara mengutus surat atau SMS secara individu. Seperti yang telah dijelaskan di atas, kebanyak ahli kami tidak mengetahui status mereka samaada mereka mendapat tempat di desa atau tidak untuk sesi yang akan datang. Hebahan melalui website perlu diteruskan, walaubagaimanapun kita perlu sedari yang tidak semua siswa/i dapat akses internet terutama ketika bercuti. Oleh yang demikian hebahan melaui cara surat atau SMS adalah sangat relaven. Jika sekiranya pihak BHEPP tidak dapat lakukan perkara ini, pihak BHEPP boleh kapada kami (Persataun Sains Perubatan) untuk kami melakukannya sendiri.

7- Membuat perancangan dengan terperinci untuk menjaga kebajikan siswa/i yang berada di luar kampus.
a. Wujudkan tempat penginapan berpusat
b. Sediakan pengangkutan (jika perlu)
c. Akses kepada internet – pastikan mereka mempunyai akses kepada internet di tempat penginapan masing-masing.
d. Keselamatan – Pastikan keselamatan diri dan harta benda mereka dijaga.
e. Dan sebagainya.

8- Menetapkan sistem yang lebih sistematik yang digunakan untuk mata merit. Nyatakan bilangan mata merit secara spesifik bagi setiap penglibatan siswa/i dalam persatuan, program dan sebagainya. Sebagai contoh, berapa mata merit yang diperolehi siswa/i yang memegang jawatan (majlis tertinggi atau AJK) dalam persatuan, memegang jawatan projek-projek dan sebagainya. Lakukan pemarkahan merit secara telus. Kami berharap agar mata merit sentiasa di update oleh pihak universiti melalui website healthycampus bagi memudahkan setiap siswa/i mengetahui status merit mereka dari semasa ke semasa. Dengan kata lain, jadikan website healthycampus sebagai medium perantara untuk semua siswa/i mengetahui status merit mereka.

9- Program Pusat Pengajian diterima oleh sebagai pihak HEP seperti mana program lain. Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas,siswa/i perubatan yang menjayakan program tersebut telah banyak menghabis masa, tenaga dan wang ringgit mereka yang secara langsung memberi kredit kepada universiti. Oleh yang demikian, sekiranya penglibatan mereka dalam program-program tersebut tidak diambil kira dalam sistem pemarkahan merit, sumbangan mereka seolah-olah diketepikan oleh pihak universiti. Dari sudut kekangan masa, siswa/i perubatan tidak mempunyai kesempatan untuk terlibat dengan banyak program-program lain sebagaimana siswa/i pusat pengajian yang lain. Oleh yang demikian, perkara ini seharusnya dipertimbangkan oleh pihak universiti.

10- Keluarkan kenyataan rasmi menyatakan bahawa siswa/i Pusat Pengajian Sains Perubatan tahun 4 dan 5 dijamin tempatnya dalam desa. Perkara ini sangat penting, kerana ada ahli kami yang melahirkan rasa kebimbangan mereka jika sekiranya suatu hari nanti siswa/i perubatan tahun 4 dan 5 juga tidak terkecuali untuk melalui sistem permarkahan mata merit. Pelajar perubatan tahun 4 dan 5 mesti berada di dalam di dalam di sebabkan mereka terpaksa berulang-alik ke hospital untuk tujuan on call dan sebagainya.

11- Bina bangunan untuk penginapan yang baru. Untuk jangka masa panjang, pihak kami memohon supaya pihak universiti mempertimbangkan cadangan supaya desaiswa baru dibina bagi menampung bilangan siswa/i yang bertambah ramai. Kampus Kesihatan mempunyai tanah lapang yang masih banyak dan ia seharusnya digunakan untuk kepentingan siswa/i di dalam kampus ini. Berkenaan dengan pembinaan pusat mahasiswa yang baru, pada kami ia bukanlah suatu yang perlu di segerakan. Pembinaan desasiswa adalah lebih utama buat masa sekarang.

Kami mengharapkan agar setiap permohonan kami di pertimbangkan oleh pihak tuan. Segala kerjasama dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan jazakallaahu khariral jaza’.

Yang benar


_________________________

(MUHD AL-AARIFIN BIN ISMAIL)
Yang di Pertua
Persatuan Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan.
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com
017–9743297


Sk;

Prof Dato’ Dr Mafauzy Mohamed
Pengarah Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia

Prof Abdul Aziz Baba
Dekan,
Pusat Pengajian Sains Perubatan

Assoc. Prof. Abdul Rahman Mohd. Noor
Timb. Dekan Akademik
Pusat Pengajian Sains Perubatan

Dr Rushdan Ismail
Penggawa,
Desasiswa Murni Nurani

Dr Wan Hazabbah bin Wan Hitam
Penasihat
Persatuan Sains Perubatan